Gambar Rosmah di Kotak bantuan kemanusiaan dipertikai.


Sebanyak lapan tan ubat-ubatan dan pakaian telah dihantar ke Somalia untuk diagihkan kepada penghuni di beberapa kem perlindungan sekitar Mogadihsu.

Selain itu, sebanyak 250 tan makanan juga akan dibeli di sini untuk diagihkan di kem terbabit termasuk kem terbesar di Badbadoo 25 kilometer dari Mogadishu yang menempatkan lebih 26,000 pelarian yang berlindung akibat kebuluran.

Pasukan perubatan diketuai Datuk Dr Alwi Abdul Rahman bersama-sama 18 doktor perubatan, 17 pengamal media dan sukarelawan yang tiba di Somalia semalam, berlepas ke tiga hospital iaitu Pusat Kesihatan SAACID, Hospital Pakar Dar Al-Shifa dan Pusat Mata Kebangsaan untuk menyerahkan vaksin yang dibawa dari Malaysia.

"Kebanyakan hospital ini kekurangan bekalan ubat-ubatan dan sebahagian besar penduduk khususnya kanak-kanak mengalami masalah kesihatan akibat kebuluran.

“Esok (hari ini) kita mula mengagihkan makanan di kem Badbadoo selain membuka kem perubatan di situ,” kata Abdul Azeez.

Bagaimanapun, misi bantuan ke Somalia ini menjadi bahan cemuhan dikalangan pihak Pakatan Rakyat kerana ia membawa kotak-kotak bantuan yang tertera ditampal dengan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Penulis Rejam di blog MiloSuam (milosuam.blogspot.com) mempertikaikan, apakah kaitan Rosmah dengan misi bantuan ini? Beliau juga secara sinis melemparkan pertanyaan "apakah ini usaha untuk mempopularkan Rosmah Mansor di Mogadishu Somalia"?

Ini adalah merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia yang menunjukkan wajah isteri Perdana Menteri ditampal pada kotak bantuan kemanusiaan ke luar negara.
Share on Google Plus

admin

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment