Home » » Ketua Menteri P.Pinang juga didakwa tidak patriotik?

Ketua Menteri P.Pinang juga didakwa tidak patriotik?


Selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi bidasan pelbagai pihak dan dikecam hebat sebagai tidak patriotik sewaktu negara menyambut hari kemerdekaan kerana berada di luar negara, kini heboh pula diperkatakan mengenai Ketua Menteri P.Pinang yang juga tiada di Malaysia semasa rakyat menyambut hari kebangsaan.

Jika Perdana Menteri dilihat tak serius menyambut Kemerdekaan negara kerana berkunjung ke Australia pada 31 Ogos yang lalu, Pihak UtaraNews dimaklumkan mengenai Ketua Menteri P.Pinang juga telah berada di luar negara pada hari yang sama.

Datuk Seri Najib Razak berlepas ke Australia dikatakan bagi menghadiri sessi Fisioterapi terhadap kecederaan lututnya manakala Lim Guan Eng pula berada di China pada hari tersebut.

Lim Guan Eng seperti yang dilaporkan dalam blognya, berada di China pada 31 Ogos untuk satu lawatan kerja di Tanah Besar. Beliau bersama-sama anggota delegasi seramai 50 orang ke wilayah Guangzhou di China bagi menyertai Ekspo Industri Pelancongan Antarabangsa 2011 yang bermula pada 31 Ogos sehinggalah 2 September.

Antara yang bersama beliau ialah isterinya YB Betty Chew, YB Danny Law, YB Lim Hock Seng, ahli delegasi dari MATTA, Kumpulan Peranakan Pulau Pinang dan juga ahli Pertubuhan Pengusaha Hotel dan Hotel Murah Malaysia.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved