Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang akan keluar parti?

Benarkah Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Salleh Man akan keluar parti dalam waktu terdekat? Adun Permatang Pasir itu juga dikatakan akan membuat kejutan pada ceramah Hassan Ali di Permatang Pasir pada 7 April nanti.

Menurut laporan sebuah blog, kamisedia.blogspot.com, Ustaz Salleh Man berasa tertekan kerana PAS dalam kerajaan Pulau Pinang seumpama melukut ditepi gantang apabila selalu disisihkan dalam membuat sebarang keputusan berkenaan dengan hal ehwal Agama Islam.

Salleh juga didakwa kurang selesa dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan oleh ahli PAS sendiri yang mahukan wakil mereka menjawat jawatan penting didalam kepimpinan negeri.

Selain itu, blog terbabit juga mendedahkan bahawa pemimpin utama PAS negeri tersebut tidak dapat menerima jika DAP mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.

Blog terbabit juga mendedahkan gambar pertemuan Salleh Man bersama dengan penyelaras BN Dun Permatang Pasir, Tuan Haji Rahim Man dan juga Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Saudara Zaidi.

Tahun lepas, negara dikejutkan dengan pendedahan bekas Pengarah Strategik pilihanraya DAP yang membongkarkan usaha parti tersebut yang didakwa mahu kristian dijadikan agama rasmi negara.

Berikutan pendedahan tersebut, beliau mendapat pelbagai ugutan dari bekas partinya.
share

2 comments

  1. Anonymous says:

    Tokey..lampak selupa sulah mau jadi kita punya plojek. Mau halau itu Melayukia dari ini pulau. Lumah pun meleka suda talak mampu mau beli, mau sewa pun tak mampu. Itu masjid punya bising juga kita sulah boleh kontlol. Wang ada, kita bili smua tnh Melayukia mahat2..takpa. Nanti itu wang pon talak cukup mau bili 1 lumah lekat ini pulau..Lepa nati lari balik sebelang sana.. Sana pon kita bili jugak, kiat kasi bela babi2 manyak2 mcm itu Kg Selamat..olang Melayu talak suka..nti lepa lari lagi jauh..Penang kita punya!!!

  2. macam mana DAP nak jadikan negeri penang negeri kristian padahal majoriti pimpinan dan ahli ialah beragama buddha... tak logik

Leave a Reply

Copyright 2014 UtaraNews.com - All rights reserved - .