Apa punca perkahwinan Fasha dan Jejai tak direstui?

Akhbar MStar melaporkan, pelakon Fasha Sandha yang baru mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai) enggan mengulas dakwaan kononnya perkahwinan beliau dengan anak bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib itu tidak mendapat restu.

Fasha berkata, dia kini bahagia selepas seminggu bergelar isteri dan bersyukur kepada Allah kerana telah memberikannya seorang suami yang baik.

"Maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu," ujarnya ringkas kepada mStar Online ketika ditemui di Sri Pentas semasa pelancaran drama bersiri Seindah Sakura di sini pada Khamis.

Fasha dan Jejai selamat bernikah dalam satu majlis sederhana pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara di sini.

Pada upacara akad nikah yang dihadiri kira-kira 250 tetamu itu, wakil keluarga Jejai yang kelihatan hanyalah bapanya sahaja sebaliknya ibu beliau iaitu Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah tidak berada pada majlis tersebut.

Situasi tersebut menimbulkan spekulasi kononnya keluarga lelaki tidak merestui perkahwinan berkenaan.

Admin Utaranews

2 comments:

  1. restu palehotak dia.... mak jejai mana ada pegi mlm tu... tan sri je dtg.... sebnarnya jejai ni kena mandrem... family si fasha tu semua acuan sama... selfish, materialistik kampung dan kaki bomoh...

    ReplyDelete
  2. ker dah ader isi ker...oops

    ReplyDelete

UTARANEWS TV

Media Sosial

Facebook Fanpage

Twitter @UtaraNews

KedahNews

Suara TV

Suara Anak Muda

Suara Blogger

Alexa