A.Samad Said dianugerahkan Sasterawan Rakyat.

KUALA LUMPUR - Sekumpulan kartunis dikenali sebagai Kumpulan Kartunis Indipenden (KKI), menghargai jasa dan sumbangan Datuk A Samad Said dengan mengiktiraf beliau sebagai Sasterawan Rakyat.

Kartunis Zunar berkata, pengiktirafan itu dibuat kerana karya yang dihasilkan Sasterawan Negara itu bukan untuk kepentingan sendiri semata-mata, sebaliknya diabadikan demi membela rakyat terbanyak.

“Hari ini, KKI mengiktiraf seorang seniman dan budayawan yang mengabdi karya-karyanya demi membela rakyat, membuka mata rakyat dan konsisten berjuang digaris depan membimbing rakyat.

“Datuk A. Samad Said tidak mengharap darjat dan kebesaran, malah sanggup menempuh rintangan, biar berdepan dengan kekuasaan dan hujung senapang demi sebuah prinsip dan kehormatan manusia,” kata Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee Anwar Haq.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dibacakan dalam satu majlis anjuran KKI di pejabatnya di Brikfields hari ini sebelum menyampaikan trofi penghargaan kepada Samad Said.

Pak Samad sebelum ini diberikan peranan sebagai pengerusi Bersama Bersih 3.0 dan menggembelengkan rakyat untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April lalu.
Share on Google Plus

admin

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments :

  1. muka si pencacai sasterawan negara ini tak tumpah dengan rambut, misai dan janggutnya yang putih macam ada kat kandang zoo negara

    ReplyDelete