Teguran 'pedas' Ustazah Mashitah kepada Ustaz Azhar Idrus?

Hari ini, ramai orang yang dipanggil ustaz, ustazah, tok guru atau tuan guru. Ada yang memang layak diberi gelaran itu, ada juga yang jenis instant. Gelaran ini besar maknanya dari segi peranan dan tanggungjawab yang datang bersamanya.

Kalangan penceramah juga bukan semua adalah pendakwah, begitu juga sebaliknya. Seorang pendakwah berkredibiliti adalah berpengetahuan, berpengalaman dan diiktiraf kebolehannya pihak berkuasa agama.

Mengikut Dr Yusof al-Qardawi, matlamat berdakwah adalah membawa manusia kepada Islam, dalam melaksanakan ketetapan dan taat ALLAH SWT di muka bumi dan mengajak kepada kebajikan dan kebaikan. Oleh itu, seseorang pendakwah mestilah ilmuwan agama, cekap dan bertauliah.

Hakikatnya dalam masyarakat hari ini, wujud pendakwah meragukan dari segi latar belakang dan ilmu mereka. Andainya selebriti berkongsi pengalaman kerana mahu mendalami agama atau didorong penghijrahan diri, ini dibolehkan. Namun tidak bermakna mereka sebagai pendakwah berwibawa.

Apabila ada pula ustaz bermain alat muzik dan menyanyi sepanjang berceramah tanpa isi yang jitu atau berseloroh hampir sepanjang ceramah bagaikan Maharaja Lawak. Ini juga mewujudkan suasana keliru.

Masyarakat lebih celaru jika penceramah yang tidak layak tetapi mempertikai keputusan Majlis Fatwa atau mengeluarkan fatwa songsang, misalnya menghalalkan perkara yang haram dan menyeru pengikut berbuat kerosakan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Agaknya apa akan jadi pada akhir zaman apabila wanita mula bangkit memberontak, anak muda sudah hilang akhlak dan kamu pula rasa tidak perlu lagi untuk berjihad.” Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku akhir zaman begini? Nabi berkata: “Ya, akan berlaku. Lagi dahsyat akan berlaku.”

Sahabat bertanya. “Apakah ada lagi yang lebih dahsyat daripada suasana wanita memberontak, anak remaja sudah hilang akhlak dan umat Islam tidak berminat lagi untuk berjuang?”

Nabi berkata, “Orang sudah tidak peduli lagi soal dakwah. Orang sudah tidak mengambil kira lagi untuk mengajak kepada kebaikan atau mencegah kepada kemungkaran.”

Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah mungkin keadaan ini akan berlaku?” Nabi SAW menjawab: “Yang lebih dahsyat lagi akan berlaku dari itu.’

Sahabat bertanya: “Apa yang lebih dahsyat?” Kata Nabi: “Apabila ada pendakwah yang keliru, tidak tahu membezakan mana yang baik, mana yang buruk. yang mungkar nampaknya makruf dan makruf seperti mungkar.”

Sahabat terkejut dan bertanya: “Ya Rasulullah, apa mungkin akan berlaku keadaan begitu?” “Ya, lebih buruk akan berlaku” kata Rasulullah, “apabila yang buruk disuruh, yang makruf dilarang, “ Apa mungkin berlaku, ya Rasulullah begini?

Kata Nabi SAW: “Inilah satu keadaan dugaan besar untuk umat Islam sehingga orang yang baik pun akan menjadi keliru.” Agama Islam dasarnya ilmu kefahaman dan keyakinan terhadapnya dibina daripada wahyu. Bukan boleh cakap sembarangan atau guna akal semata-mata.

Perlu ada kepakaran dalam mentafsir al- Quran, hadis dan falsafah hukum. Bukan sekadar memetik ayat tertentu untuk kepentingan tertentu. Ceramah agama bukan tempat mengumpat dan mengaibkan saudara seagama. Untuk memartabatkan profesion berdakwah, seseorang pendakwah mestilah berkredibiliti.

Di Malaysia, syarat untuk mengajar agama dan berdakwah mestilah memiliki tauliah. Inilah asas keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat sebuah panel yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria, yang mengikat kepada semua mahkamah di negara ini, termasuk Mahkamah Syariah.

Adalah menjadi kesalahan bagi seseorang Islam mengajar tanpa tauliah. Jika bersabit kesalahan, hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah adalah sah dan mengikut Perlembagaan Persekutuan. - Sinar
Share on Google Plus

admin

    Blogger Comment
    Facebook Comment

107 comments :

  1. Assalamualaikum,

    Amat malang bagi mereka yang cuba menyekat fenomena UAI yang mampu membawa gelombang dakwah Islam ke segenap peringkat masyrakat.Tanpa bantuan pengangkutan awam percuma dan kopun makan percuma , masih ramai datang menghadiri sesi kuliah dan ceramah beliau yang sebenarnya menimbulkan ketakutan dan ancaman kepada 'satu pihak' lagi.Di bimbangi tangan-tangan 'kotor' yang cuba merencatkan perkembangan dakwah UAI ini akan menyesal di padang mahsyar kelak dek ketamakan dan kerakusan untuk mengekalkan tampuk pimpinan sedia ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Ano 14.38 salah tu. Ustaz Azhar Idrus bukan "pendakwah" Islam dlm erti kata sebenar.UAI adalah penceramah parti politik yg menggunakan ilmunya dan kemahirannya dalam memperalatkan Islam utk parti politik, bukan untuk islam. Ada banyak contoh UAI dalam ceramahnya tidak cenderong kpd ajaran Islam sebenar tetapi kepada tindakan partinya. Dibimbangi, lidah, tangan, kaki, telinga dan semua anggota UAI serta hadirin semua tidak akan dapat menyelamatkan UAI dari siksaan api neraka kerana "nawaitu" bukan kerana Allah SWT. Malahan caci cerca,pembohongan, putar belit, maki hamun dsb dari UAI terhadap orang lain hanya menambah dosa beliau sahaja. Keseronokan yg UAI dan penyokongnya nikmati kini hanyalah tipu helah syaitan. Jika ceramah UAI benar-benar mengikut anjuran Raul s.a.w., pasti tentu ceramah nya tidak mendapat sambutan, hambar dan membosankan. Lagi kuat maki hamun dan caci celanya, lagi seronoklah syaitan dan iblis.

      Delete
    2. Perhimpunan sejuta @ dua juta belia...syaitan suka. J*M H*B**... syaitan suka.. M*nT*R...syaitan suka... B**T**G R*M..syaitan suka.. Ni semua anjuran golongan yang mencampur adukkan lelaki & wanita..Syaitan suka

      Delete
    3. Tak kisahlah pendakwah ka penceramah politik ka, ada ka dia ajak buat jahat, UAI ajak ingat ALLAH . kalau tuan 19.11 kata UAI pembohong,putar belit , sila la sebut secara jelas jgn pakai borong . ini tak baik. Macam mana lak tuan tau nawaitu dia, hebat la sedara ni wali pa.

      Delete
    4. Saya sokong 100%..tiada siapa yg layak n berhak menghalang dakwah UAI..dato masyitah perlu belajar dri UAI.

      Delete
    5. (y) hanya Allah yg tahu Nawaitu hambanya....bukan kita (manusia)..... ingat tuan, ALLAH tahu Nawaitu kita dan apa nawaitu tuan create blog nie juga...

      Delete
    6. Hanya Allah yg tahu Nawaitu hambanya....sy sokong uai....tiada sapa yg dapat halang dakwahnya....hanya maut yg menghentikan dakwahnya....♡♡♡

      Delete
  2. Tapi kalau tinggi ilmu pun cara hidup berjiran tak tau tak guna gak

    ReplyDelete
  3. hang cukugg bulu kening tu apa hukumnyaaa......berdakwah sampai cukugg bulu keningg....nak mengajar pun nak tauliah kaaaaa....dah dah lar tumasitohhh oooiiiii

    ReplyDelete
  4. Kata Nabi: “Apabila ada pendakwah yang keliru, tidak tahu membezakan mana yang baik, mana yang buruk. yang mungkar nampaknya makruf dan makruf seperti mungkar.”

    Apakah Ustazah Mashitah melihat K-Pop itu sbg makruf? Apakah Ustazah Mashitah melihat penyelewengan NFC itu juga makruf? Bgmn pula dgn scandal2 org2 besar dlm BN? Kes pembunuhan Attantuya, mana keadilannya? Rasuah Scorpene? Rasuah mega projek?

    Ustaz Azhar Idrus berjaya membawa pemuda-pemudi ke masjid-masjid. Adakah itu perkara mungkar?

    Siapa sebenarnya yg keliru ni Ustazah Mashitah? Bukankah Ustazah Mashitah sendiri kelihatan keliru dalam memilih perjuangan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ustazah, memang sy kurang suka dengan UAI kerana suka maki hamun manusia lain dan mempersendakan org lain...

      Delete
    2. Ano 15,54: Kamu ada bukti sahih tentang tuduhan2 kamu itu - pembunuhan Altantuya, rasuah scorpene, rasuah mega projek yg mana, sila sebutkan dgn jelas. Jgn jadi tukang panjangkan fitnah atas kebodohan kamu sendiri!! Kalau kamu mahukan Islam, ayuh masuklah gerakan Islam yg tiada bercorak kepartian. Berkorban dan sumbanglah kpd masyarakat tempat tinggal sdr sekarang!! Pada saya, benda yg jelas haram pasti dr. mashitah katakan haram. Begitulah juga kalau meperalatkan ayat-ayat Al_quran dan nama Islam adalah haram, maka dr. mashitah katakan haram!! Boleh sdr nafikan bhw perbuatan UAI yg mencaci cela, mengherdek, menjerit-jerit, memaki hamun, putar belit al-quran, sembunyikan fakta ada arak dan judi di Selangor, kelantan, kedah dan penang bukan haram hukumnya!! UAI adalh penipu besar bukan pendakwah Islam sebenar

      Delete
    3. nilah ustaz pak lawak era moden... ketawa sampai berdekah2 tu yg dianjur islam dlm 30 minit 20 minit dipenuhi lawak.. memang ramai org datang

      Delete
    4. Ada uai maki? Pandai2 je

      Delete
    5. whai anon 19:18 yg bangang..aku nak tnye 1 je..kilang carlsberg kat shah alam tu org Pas ke yg bg lesen?

      Delete
    6. hang ni sekolah ke tak anon 19.18 hang tau beza tak kuasa federal ngan state. hang nie teruk betui la. moga hang dapat hidayah

      Delete
  5. saya sokong ustazah....biasalah diorang ni...mengumpat, mencaci,cari salah orang lain, cari kelemahan orang lain, mempersendakan orang lain....dan macam2 lagilah...itulah sifat diaorang......

    ReplyDelete
  6. puak PR mmg taksub..mereka tidak boleh berfikir dengan waras..selalu ikut ketua tanpa menghayati agama Islam yg sebenar..UAI tidak boleh diterima sebab banyak mengumpat..

    ReplyDelete
  7. Dulu saya berminat dengan UAI ni tapi ceramah dia sekarang lebih mempersendakan orang lain saya dah tak berminat..bermakna beliau bukanlah seorang pendakwah yang baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaf... kalau anda dah x berminat x bermakna dia bukan pendakwah yang tidak baik, cuma masalah anda sendiri. anda x dipaksa untuk datang dengar ceramah UAI, and even kalau terpaksa pun just masuk telinga kanan keluar telingga kiri. lagipun setahu saya UAI x pernah mencaci individu tertentu, cuma sapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya. bukan seperti golongan yang mengambil kesempatan menyalahgunakan kuasa mengarahkan pihak dari jabatan itu atau ini datang memenuhi jemputan untuk mendngar depa ber'borak'. itu baru betul terpaksa.

      Delete
  8. mula-mula UAI sgt bgus. Tapi lame2 makin mengarut. Mungkin kesan dari kegelemaran yg diterima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah lihat UAI kantoi, dia menipu juga. dia dgr cerita dr org lain, dia dah bedal dlm ceramahnya. Tak apa kalau dia benar, Allah akan tetap melindunginya. Jika sebaliknya Allah jua yang akan tunjukkan siapa dia sebenarnya

      Delete
  9. setiap manusia tu kan khalifah.di zaman para sahabat tidak ada pun tauliah dari jabatan agama.Mat Pit sekalipun kalau dia ajak kita pergi sembahyang, itu satu perbuatan yang betul.patut kita ikut ajakan dia.Paling tidak saya nampak Ustaz azhar membawa ramai orang muda,mat rempit,belia remaja ke surau..malah menjadi trend muda mudi mendengar kuliah agama di Youtube.ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan beliaulah pelopornya.Kau ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ne suruh UIA masuk pertandingan Raja Lawak Mega dan berpasangan dengan Ustaz Bob Lukaman ada can dok nombor 1 sebab puak demo memang sokong gila punya SMS mesti top punya.

      Delete
  10. Wahai umat islam..
    akhir zaman semakin hampir.. org ramai khusus nya org beragama islam sendiri keliru dgn perkara yg haq.. kerana mereka memandang majlis kuliah yg dipenuhi oleh orang itu adalah betul walhal sebaliknya.. didalam majlis ta'alim hendak lah mempunyai rujukan.. bukan bercakap mengikut perasaan.. bercakap mengikut pendapat sendiri.. atau bercakap dgn menjual nama kitab tetapi hanya pembohongan semata2.. ingat lah sekiranya satu dunia mengata kn 1 + 1 = 3.. ia tetap salah sekali pn ramai yg menyokong kenyataan itu.. jadi tuntut lah ilmu itu dgn mempunyai rujukan yakni kitab2 para ulama'.. janganlah sekadar ber"taqlid buta".. tetapi mari lah ber"takqiq".. kite bukan ulama'.. zaman sekarang xder ulama'.. jadi kite rujuk lah kitab2 para ulama' terdahulu..

    ReplyDelete
  11. orang bodoh mcm kau mmg xsuke anak2 muda ke masjid utk dengar ceramah agama. kau pnh dgr ceramah UAI?? kalau kau xleh terima pendekatan die itu masalah kau. tp ape cite dgn isu2 sosial, hiburan yg makin berleluasa, rosmah xtutup aurat. knp mashitah xnak tegur? ke takut dgn fenomena UAI. tolong cek balik biodata UAI, dr mane dia belajar ilmu agama dan dengan sape.

    ReplyDelete
  12. Untungnya UAI jual airliur pun laku.dulu kat kg. jiran pun tak kenal dia.merapu meraban utk puak yg itu juga.samalah dgn wali selipar tu sekali.

    ReplyDelete
  13. couple x haram tp....hmmm..teringat plak kate2 ni..bila terkeluarnya kata2 begitu terus lg mengelirukan org lain...sedang kan ianya seperti menghampiri pintu zina...xbetul ke tu...

    ReplyDelete
  14. UAI ni penceramah parti pembangkang..x kan la korg br sedar..? dah la suka mencaci org..lbh krg mcm nik aziz je dia ni..guna islam utk politik je..mmg ramai yg semakin benci..

    ReplyDelete
  15. Saya sokong Ano 23:06 ...alhamdulillah.

    ReplyDelete
  16. aku pernah terdegr kata2 ni.."couple tu xharam..tp kalau..sekian2..."... rasanya ni lg la mengelirukan org ramai..sedangkan islam sendiri mengajar kita supaya menjaga diri..perempuan..rupa paras sumanya aurat yg perlu dijaga sehabis baik...tp kalau ada yg kata couple tu blh..camne tu..pasni lg bnyk la org keluar jumpe couple msg2...sedang kan kita di ingatkan menjauh kan diri dari pintu zina....zaman2 mak ayh moyang dulu pon xde pon bercouple pon..kawin ikut family..bahagia je smpai akhir hayat....

    ReplyDelete
  17. aku pernah terdegr kata2 ni.."couple tu xharam..tp kalau..sekian2..."... rasanya ni lg la mengelirukan org ramai..sedangkan islam sendiri mengajar kita supaya menjaga diri..perempuan..rupa paras sumanya aurat yg perlu dijaga sehabis baik...tp kalau ada yg kata couple tu blh..camne tu..pasni lg bnyk la org keluar jumpe couple msg2...sedang kan kita di ingatkan menjauh kan diri dari pintu zina....zaman2 mak ayh moyang dulu pon xde pon bercouple pon..kawin ikut family..bahagia je smpai akhir hayat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. psal ape la bodoh sgt ko fuji oii...ko ada dgr x ceramah dia...jgn nk jd cm utusan plak...nk edit2 ape yg dia ckp...dgr abis2...UAI nk bg kita fikir...bkn terima bulat2...klu ilmu didada tu kurang...jgn cuba nk bangkang membuta tuli...

      Delete
  18. Penceramah ada adabnya. Semua penceramah harus memberikan rujukan yg betul, bukannya atas dasar fitnah kerana dendam atau dengki pada individu tertentu. Saya bukan bermaksud dr.Masitah kerana saya tak nampakpun sebarang cacian atau makian dalam ayatnya. Saya tegur UAI, apa hak dia mencaci maki orang sesuka hati? Dimanakah adab dia sebagai orang berilmu? Adakah individu yg dimaki pernah menyusahkan hidupnya? Kadang2 caciannya hanya berdasarkan khabar angin tanpa bukti yg tepat. Dalam hal ini siapa yg lebih berdosa? Yang pasti mangsa fitnah akan mendapat pahala kita yg mendengar pula yg menanggung dosa. Saya suka dengar jika dia berceramah tentang pedoman hidup tapi bukannya mengarut sehingga mengaibkan orang gaya penceramah politik.

    Tengah layan bola.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang2 g jumpa UAI sendiri..duk komen sini x der guna..duk kata dia mengumpat,memburukan org..yg komen mcm tu sama ja mengumpat nya..

      Delete
  19. dalam malaysia pon ada 2 parti besar , pilih laa mana yg berminat . dalam sukan berpuluh puluh pasukan . so pilih laa mana yg kau minat . dalam pakai baju , mcm2 baju ada jual . so beli laa yg minat . masalahnya sekarang kenapa laa korang ni pertikaikan cara orang berdakwah ? kalau tak suka baik diam . ramai anak muda dah mula minat nak tahu pasal islam . tak payah cerita byk laa , mashitah tu , cukur kening boleh pulak ? mekap depan lelaki ajnabi boleh pulak ? cari kesalahan diri sendiri dulu baru laa nak cari kesalahan orang lain .

    ReplyDelete
  20. yg duk kata UAI tu mengumpat ke apa ke..sama ja yg duk kata kat UAI tu..megumpat. g jumpa dia sendiri..nak tahu..tu cara dia..dia penceramah bebas...dia ada cara dia sendiri nak tarik anak2 muda dengar ceramah dia..dlm politik pun ada cara masing2 nak tarik pegundi..

    ReplyDelete
  21. Aku rase la...mesti yg sokong sgt mashitah ni pon lebih kurg sma ngn shitoh tu...ckp pon mcm org tak betul...tah tah si masshitoh tu yg reply semua ni...takut dgn kebenaran la tu...mmg hancur dgr si ustazah yg talam ni...byk duit masuk smpi tak mampu bersuara pasal judi bola..carlberg..last2 gaduh ngn jiran smbil maki hamun...sape yg suke maki sbnrnya ni...keliru kan org aja si mashitah dn pendampingnya kt sini

    ReplyDelete
  22. “apabila yang buruk disuruh, yang makruf dilarang,"...

    1st - Gambar "ustazah" tu nampak anak rambut... aurat tuu... haram tuu...
    2nd - "ustazah" cukur kening... haram tuu
    3rd - "ustazah" mempertikaikan hudud... haram tuu...
    4th - pakaian "ustazah" yang terlalu berlebih-lebihan... Tabarruj... haram tuu...

    Fikir-fikirkan... Wallahuallam...

    ReplyDelete
  23. UAI bkn ustaz derr...dia ni penceramah politik Parti Ajaran Sesat mcm org tua kutuk yg x abes2 nk memecahkan umat ISLAM di Malaysia ni...sedar la sket yo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnya bahasa saudara guna kalau surah fatihah pun kita tak boleh nak tafsir takpayah la kita nak hina org.

      Delete
  24. tudung singkat tak tutup dada pun..

    ReplyDelete
  25. salam.knp perlu ptikai n mncari salah sesama saudara islam? kta pbaiki diri masing2 dulu baru nasihat saudara yg lain smbil nasihat diri sndiri.tiada manusia sempurna jd kita ambil n amalkan pkara baik n jauhi yg buruk.maaf cuma bkongsi pndapat.

    ReplyDelete
  26. mu tau dok BODDO...azha BODDOO tu dulu mat rock...dulu dia kaki isap dam/ganja dan kaki main burit..leni berlagak tok guru...mu tau dok dia ada crew2 yg mempromosikan diri dia utk menonjolkan diri dia tu bagus..keluarga mak bapak dia huru hara..ayah dia idrus kawin lain duk tepi sungai kg buloh gading dekat batu 6..dia dulu asal duk jln tekukur k tganu. nasib mu la BODDOO kalu dok caye ke aku !

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa mu ada penyakit hati mu kena gi belajor agama buang sifat had tak molek tu ustzah masitah leh ajor kot skit2

      Delete
    2. Hei 21:44 ko x pyah nk tabur fitnah..aq rse ko ni org kafir kot..

      Delete
  27. Ustazah ni pernah cakap wanita blh melacur kalau tiada kerja.Klu Ustazah ni jadi pelacur agak2 ada tak yang nak jadi pelanggan dia?

    ReplyDelete
  28. Kalau begitulah caranya UAI, itu bukan pendakwah sejati. Dia menggunakan kebolehan melawak untuk menarik perhatian sahaja. Dari dulu saya sudah menagak UAI mesti akan melencong sambil mengguna dakwah dgn cara mudah. Saya berpendapat (pendapat saya sahaja) ini sebahagian dari pengaruh rancangan realiti lawak yg banyak sekarang.
    Bukankah berdakwah dengan hati yg hati suci, dengan penuh merendah diri dan tulus ikhlas serta kesedaran lebih diredahi Alla? Bukan saya hendak menafikan melawak adalah unsur tarikan, tetapi bairlah berpada dan berhemah supaya tidak mempermain atau merendahkan insan iaitu makhluk Allah lain

    ReplyDelete
  29. PENCERAMAH SEKARANG GUNAKAN ANAK MUDA UNTUK CARI POPULARITI UNTUK CARI MAKAN.CARI ISU DAN BESARKAN ISU DALAM CERAMAH.KALAU UAI TU BERSEMANGAT ISLAM DIA LEBIH UTAMAKAN PERPADUAN DARIPADA PERPECAHAN DENGAN MEMASUKI PARTI POLITIK.NAMPAK SANGAT CERAMAH MENGGUNAKAN TAPAK POLITIK NI TAK BETUL.MENGUJUDKAN LAGI PERPECAHAN UMAT ISLAM.SEPATUTNYA DIA NEUTRAL.ITU LEBIH BAIK.KES ANWAR DAN AZMIN LANGSUNG TAK SENTUH DALAM CERAMAH.INIKAH CARA ISLAM DIA BAWA.PUAK BUKAN ISLAM BACA AYAT QURAN UNTUK KUTUK ORANG ISLAM BOLEH DI TERIMA.NAMPAK SANGAT DAH SESAT.PANDANGAN SAYA RUJUKLAH ORANG AGAMA YANG TIDAK CENDERUNG POLTIK PAS.PUAK PAS KALAU TEGUR MELENTING.TAPI KALAU PUAK BUKAN ISLAM YANG TEGUR TERUS MENIKUS DAN SALAHKAN PIHAK LAIN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. puak PAS pantang ditegur.lebih 2 dekad menjadi pengikut setia PAS, ahli2nya ramai taksub tak bertempat. walhal PAS dilihat ada pemimpin kanannya ciri2 syiah dan wahabi. ada mata lihat, ada akal fikir. ada hati, jgn nafikan kebenaran didepan mata gara2 taksub. apa nak dikata dunia akhir zaman

      Delete
  30. Pepatah 'ambil yang jernih buang yang keruh' istilah yang paling sesuai kalau nak berguru. Niat kita berguru untuk menambahkan ilmu agama bukan nak sanjung mana-mana ustaz. Ada baiknya berguru lebih dari seorang jadi ilmu yang kita dapat itu lebih sempurna. Saya perhatikan UAI tidaklah melampaui batas dalam ceramahnya. Sudah ramai yang semakin suka mendalami ilmu agama terutama golongan muda atas usahanya. Kepada ustaz atau ustazah seangkatan dengannya ada baiknya bergandingan sama-sama memartabatkan lagi Islam di Malaysia. Jangan pentingkan agenda individu dan politik semata-mata...takut nanti tak tertanggung azab di neraka.

    ReplyDelete
  31. ...kalau dah jadi ularmak politik tu, memang macam tu la fael perangai mereka..maki sana, maki sini...orang lain semua tak betul, hanya mereka je yg betul dan benar......

    ReplyDelete
  32. ade janggut sikit, pakai serban ker pakai kopiah, mulalah melayu yg cetek ilmu panggil ustaz la ulamak... pada hal hadith daif pun dia seru utk berilmu secara mutlak. bangang PUNYA OSTAD LEMBU AZHAR IDRUS..... kalau ngaji setakat tahap sijil thanawi jer belajarlah drp yg betul2 mengkaji ilmu hadis dan wahyu mcm dr mashitah ni. semata2 dia org UMNO semua mencemuh. mmg betul azhar idrus tu cetek ilmu agama, dia gelar ilmuan muda umno sebagai anjing najis dan segala2nya. binatang punya AZHAR IDRUS... mintak dibakar ALLAH DLM NERAKA ...

    ReplyDelete
  33. LAA...JANGAN GADUH...SORANG MAKI SORANG..TENGOK2, DUA2 KENA MAKI..KALAU MEREKA MENYERU KEPADA KEBAIKAN..DENGARLAH YE...IBNU UMAR BERKATA, PANDANG APA YANG DIKATA,TAK PAYAH PANDANG SIAPA YANG BERKATA..

    ReplyDelete
  34. citah..citah..baik dok dalam zoo laa ceetah woiii

    ReplyDelete
  35. ustazah mashitah pun lebih kurang jer..jangan hanya pandai menegur orang lain sedangkan diri sendiri pun tak betul..xda langsung gaya ustazah dengan tudung singkat, make-up, baju ikut cutting ,warna terang terang lagi...jangan kelirukan orang lain dengan status dan pangkat .... ..terang lagi bersuluh... dengan jiran pun boleh bergaduh...itu ke dipangil pendakwah agama yang menjunjung perintah Allah? transformasi yang dibawa kearah duniawi semata-mata... sesuai sebagai pendakwah politik je lah...fikir-fikirkan lah

    ReplyDelete
  36. yang penting ustazah dan ustaz dalam umno..x boleh dipanggil ustaz dan ustazah sb perkara wajib dalam islam pun tak boleh dibuat..contohnya menegur pemimpin dalam halehwal agama... cakap je lebih..dengan pembangkang berani pulak sebab pembangkang tak leh ambik apa2 tindakan..kalau tegur pemimpin kerajaan SAH KENA GANTUNG..hahaha

    ReplyDelete
  37. Tokoh2 sains Islam ramai yang arif dibidang seni muzik seperti al-Radzi, al-Farabi, al-Kindi dll. Ibnu Sina sendiri adalah pencipta muzik piano.

    ReplyDelete
  38. Tokoh2 sains Islam ramai yang arif dibidang seni muzik seperti al-Radzi, al-Farabi, al-Kindi dll. Ibnu Sina sendiri adalah pencipta muzik piano.

    ReplyDelete
  39. UAI sindir-sindir puak-puak korang bior korang sedor sikit.. Moga Allah bukak besar-besar mata hati korang, caci maki lah korang ulamak-ulamak yang memperjuangkan Islam.. Sanjung-sanjung lah tinggi 'org kaya' Malaysia ni kan, suatu hari nnt baru terbeliak bijik-bijik mata, baru terzahir yg mana betul yg mana salah. Xusah pertikaikanlah ustaz ni slh,ustzh ni betul.. Cermin diri dulu, ni duk mengadap komputer laptop komen psl ustzh ni btol,ustz ni pengumpat besar,ajar ajrn sesat and bla bla bla bla... tp x sedor diri tu solat pun tunggang terbalik,al-Quran langsung xbaca. Sedor lah sket ya,ni pun untuk diri aku jgk.

    ReplyDelete
  40. cara lawak ke atau cara apa tak penting, yang matlamatnya menegakkan kebenaran. Cuma hati yang kotor sengaja cari kesalahan orang lain

    ReplyDelete
  41. Kasihan Mashitah......berpelajaran tetapi dibuai oleh syaitan untuk mendapat tempat di dunia

    ReplyDelete
  42. ustak boddo ni dok buleh paka....

    ReplyDelete
  43. Salam Semua...sesiapa nak buat ulasan ttg ucapan UAI..dengar sampai habis dan faham dulu... jangan buat fitnah...dapat dosa kering...benggong..

    wassalam

    ReplyDelete
  44. ustazah..tolong jwb..cukur kening tu mcm mana? boleh kah dlm islam?...

    ReplyDelete
  45. Zaman dulu semasa panggung wayang belum ada. Rakyat akan melangut mendegar Tukang Penglipur Lara. Sambil bercerita sambil mengetuk Batil. Maka iapun diberi gelaran Awang Batil. Begitu juga dengan Tok Selampit.

    Namun di sini lita memperkatakan tentang seorang manusia yang bermain alat muzik sambil berdakwah. Adakah wajar seorang masnusia yang diberi gelarang ustaz oleh suku sakatnya walaupun tak terkinja-kinja menyampaikan ilmu Allat swt.

    Sentiasa ikut sunah nabi saw, demikianlah selalu yang keluar dari lidah ustaz2 PAS.

    Persoalannya Nabi saw berdakwah sedemikian kah?

    Yang didakwah pula bergelak ketawa seronok bila fitnah dan sidiran yang berkumandang.

    Azhar Idrus anda telah mencipta RIAK dan menerima RIAK dari apa yang anda zahirkan.

    Nasihat ku berpada-pada lah dalam hasrat untuk menyampaikan Ilmu Allah swt.

    ReplyDelete
  46. Dah lama saya dok tanya kawan2 siapa guru UAI.Sampai hari ni tak ada sapa pun tau.Kalau setakat baca buku kurang umpppp!!!!!DSAI pun tak ada guru.Aku tau Tuan Guru NIK AZIZ ada guru.Hadi Awang ada GURU.MASHITAH pun ada GURU.Yang ada GURU pun bolih buat silap tukar negara ISLAM ke Negara KEBAJIKAN .NIIIII pula lagi la tak ada guru.Dulu ada guru saya bagi tau kalau tak ada guru jangan 2 ada benda lain dok mengajar.

    ReplyDelete
  47. @Anonymous Jelas penerangan saudara seIslam. Alhamdulillah.Ustaz2 instant dilihat banyak menabur fitnah dari menegakkan Islam murni.Manusia lupa bahawa syaitan juga berusaha bersunguh2 memperdaya manusia.Contohnya dakwah yang di sangka Islam tetapi nyata ditanam unsur2 fitnah yang andai dipercayai, -berdosalah mereka. Jangan main2 dengan dosa, ia mengeret ke neraka.

    ReplyDelete
  48. UAI ni mengata/ mengumpat sapa? Sapa kata? Kata2 dia adalah berani atau ada kebenarannya...namun belum ada sesiapa yang berani menyaman dia dengan kata2nya yg dikatakan mengata/ mengumpat/ mengeji orang lain.

    Adakah kita patut menyanjung orang2 yg mengalakkan perkara2 yg menjurus kpd perbuatan haram?

    Wallahualam

    ReplyDelete
  49. @Anonymousaku rasa depa smua yg sokong masitah ni,ADALAH ORANG YG SAMA YG TAIP MSG BERULANG KALI...haha kesian. aku suka dgr ceramah UAI..so, aku sokong cara dakwah UAI..

    ReplyDelete
  50. Ustaz Azhar Idrus antara pendakwah terbaik di malaysia

    ReplyDelete
  51. adapun UAI bukanlah yg terbaik atau pendakwah terhebat sekalipun, hakikatnya beliau membawa Islam. jangan pertikai kerja dakwah orang, selagi mana dia berusaha membawa manusia ke jalan ALLAH. setiap manusia ada caranya sendiri untuk berdakwah. orang yg mengutuk UAI, soalan saya adakah kerja dakwah kita lebih baik daripada apa yg dilakukan beliau? Adakah kita berdakwah?

    ReplyDelete
  52. urmm jelas skarang dpkatakan ttg isu uai oleh ustazah..
    bg sya.. uai mnyampaikan ceramahnya tidak la salah.. dia hanya mnyampaikan ilmu didada.. setiap org mpunyai pndangan sendiri.. begitu juga ustazah kan..
    uai mnyampaikan ceramahnye dgn cara tsendiri.. rmai juga yg hdir mdgar kuliah ceramah yg dsmpaikan nya..
    bg saya..tidak salah kan cara ceramah yg dsmpaikannya.. uai mmg sering mbuat lawak jenaka dlm ceramahnya.. itu kerana dia nak mberi ruang supaya para pndengar tidak mngantuk dan akan terus mndengar ilmu yg dia ingin kongsikan..

    ReplyDelete
  53. Korang duk memekak dlm ni pun ceramah UAI tetap di hadiri oleh puluhan ribu anak muda..
    kalu korang dengar.. dlm ceramah dia. ada dua enda yg dia selalu sebut..
    1. hadirkan diri ke masjid
    2. hadir dkt kuliah2 agama.

    ReplyDelete
  54. @AnonymousMemang bukan PAS yg bagi lesen. tapi ada dari PAS yang kata dalam PRU 12 dulu, hari ni kita menang Selangor, esok kita tutup kilang Carlsberg tu.

    Bukan setakat tak tutup malah Ahli Parlimen PAS Shah Alam siap pergi buat lawatan ke dalam kilang arak tu lagi...

    Apa crita ni Sheikh?>

    ReplyDelete
  55. Hoi,,,, jgn gadoh kat sini , buang yang keruh ambil yang jernih.

    ReplyDelete
  56. sudah sudah la uztazah Perdana Menteri oi.... hang politik ngan orang tepi umah boleh la....balik mintak maaf kat jiran ...esok tersungkor kat depan umah ,,jiran jugak nak tolong... esok mati tak ke kubur sendiri Utazah Masitoh oiii

    ReplyDelete
  57. wahai USTAZAH, aku pernah hormat kau suatu hari lalu. tapi semenjak kau mempermainkan ayat al-quran tentang potong tngan bagi sesiapa yg mencuri, takkan kau tak mengaji syariah kot, dan cukur kening tu, aku memang x pham, hadis pown ada tentang keharaman mencukur kening tu......
    ALLAH amat melaknat umatnya yg sebegitu....
    taubatlah selagi ada waktu.....

    ReplyDelete
  58. Puak yang tak suka dengan agama ni memang camtu...kalau orang ceramah dgn pendekatan serius dia akan kata tak sesuai sbb org takut dengan islam, kalau orang sekejap serius sekejap tak serius dia akan kata tak ada pendirian,kalau pendekatan lembut pulak dia kata macam bapok mengantuk dengar dan macam2lah..agaknye dia suke dengan gnam & kpop je sebab tu dia tak bantah .. uai dia ada ruang humor maka dia guna la ruang tu yang sebelum ni pendekatan ini agak tenggelam selepas us. ismail kamus...nak tau dia layak ke tak layak cuba buat forum la pulak membariskan uai, ulama2 termasuk masyitoh..caci orang? eh dalam tv3, tv 1 tv 2 bernama tiap-tiap hari caci & fitnah nik aziz & pas dekat 30 juta rakyat boleh tengok tak pe? Apa2 perbincangan uai yang bersifat khilafiyah tak perlu nak diperbesar2kan kecuali hukum yang qat'i..dan ilmu perlu dihujahkan dengan ilmu bukan dengan pendapat org2 jahil.

    ReplyDelete
  59. Ustaz Azhar Idrus is the best! Ustazah Mashitah is ... Jap ustazah ke mcm tuh? Pakai tudung cmtuh,cukur kening etc. Sedap2 je nak lawan hudud. Sedar kita nie manusia yg lemah! Pastu ckp pmpuan boleh melacur klaw xde keje. Wahai MASHITAH! masih byk lagi kerja yg halal di malaysia nie, walaupun gaji sikit, ianya tetap rezeki! Kita leh mohon dgn Allah agar rezeki kita bertambah. Biar miskin harta tp jgn miskin iman! Mana rukun islam kau yg kau percaya kpd Allah? klaw kau percaya kpd Allah, kau juga percaya yg Allah sudah merancang yg terbaik utk kita! Weh aku pin malas nak gaduh sbb kita sesama islam! kita patutnya perjuangkan islam! Ya Allah, kau satukanlah kami dln menuju syurgamu! klaw hang semua nk tahu, rakyat malaysia gaduh2 disbbkan oleh prancgn iluminati dan freemason israel laknatullah! Fikir2 kan. salam :) -IKHSAN

    ReplyDelete
  60. sebenarnya.... jawapan ada pada diri kita... zaman Nabi dulu pun banyak yang menentang pekara yang baik.....

    ReplyDelete
  61. dulu sy suke dengar ceramah uai...tapi skunk ni bile dengar ceramah beliau mempersendakan Pm,,negara,,,so jadi muak da,,,ceramah dicampuri isu politik..nabi pown berdakwah..baik buruk sesorang tu...nabi sentiasa bersabar...malah x putus asa mengubah seseorang tu ke arah kebaikan

    ReplyDelete
  62. mak pak pun tak betul tapi suruh anak buat betul, macam mana tu

    ReplyDelete
  63. last-last sesama Islam bergaduh kerana fahaman masing2x...n percaya ape yg mereka mahu percaya sahaja....malu lah dengan Allah...

    ReplyDelete
  64. dulu aku antara peminat ustazah nih...semenjak dia masok politik dan nasihat2nya berbau politik...langsung aku tak minat ...kebanyakkan ustaz@ustazah yg condong kepada politik BN nih hancur...cam ustaz firdaus...dulu imam...sejak dia sepak tong undi suruh org kira dengan suara yg bongkak...langsung tak minat...ramai lai ustaz2 @ ustazah2 yg gitu dalam BN....tak yah nak banding2kan lah....

    ReplyDelete
  65. Puak UMNO paling takut dengan Aura UIA kerana beliau berjaya menambat hati orang muda. Orang muda adalah talian hayat terakhir UMNO .Kalau begini caranya silap hari bulan boleh tumbang UMNO. Kita doakan kepada semua Ustaz @ Ustazah yang rajin berdakwah ke jalan Allah diberi kekuatan untuk bangun menegakkan kebenaran. Amin

    ReplyDelete
  66. bertaubatlah wahai saudaraku sesunnguhnya Allah itu maha pengampun

    ReplyDelete
  67. saya sngt sokong ustazah marshitah..UAI suka maki hamun dan bercakap pasal oragn dalam ceramah..sebagai islam cuba la fikir ?kadang rasa dia seolah2 cuma me- Phsyco muda-mudi sekarang..

    ReplyDelete
  68. As Salam Semua. Jgn gaduh2 buat tambah dosa. Ada mata, telinga n mulut, guna pada yg hak. Masing2 ada hujah sendiri dan masing2 ada ulamak sendiri. So sebarkan islam dgn cara sendiri. Biar org ramai menilaikan cara yg mana lebih baik. Buka ruang dlm media utk penceramah ini menjalankan kerja dia demi islam. Jgn sekat2 dakwah islam ini selagi ada org yg mahu menjalankan dakwah. Hanya org lawan islam aje akan halang dakwah islam itu untuk berkembang.Dgn cara ini barulah maklumat akan sampai dgn lebih berkesan. Kadang2 controversi yg timbul oleh penceramah sebenarnya menambah ilmu kepada kita yg jahil tentang agama. ( Mambau )

    ReplyDelete
  69. makna dakwah adalah mengajak atau menyeru manusia ke arah kebaikan dan ke jalan Allah... ia boleh disampaikan dengan pelbagai cara asalkan tidak bertentangan dengan ajaran islam... wali songo menyampaikan dakwah melalui seni seperti wayang kulit, nyanyian dan tarian.. begitu juga bagi nusrat fateh ali khan di tanah india menerapkan Islam dalam lagu-lagu bersumberkan "Qawalli" yang dirasakan beliau dekat dengan kehidupan komuniti di sana.

    ReplyDelete
  70. salam..saye suke sebenarnya dengar uai ceramah sal islam...tapi sy x suke bila berceramah menghentam kerajaan..sindir menyindir..nabi dulu berdakwah secara ikhlas...x de nak memburukkan sesiapa

    ReplyDelete
  71. Mashitah adalah Manusia Pendengki Hipokrit!! serupa dgn peminat1 tegarnya, cemburu la lettew dgn UAI .... UAI sekali ceramah berpuluh ribu datang, ko ader ke mashitah oii???

    ReplyDelete
  72. dimensionsiemens24 December 2012 13:47

    UAI by far the best motivational speaker,motivates the young guns of the Gen-X and Gen-Y people.He reaches out to the masses without prejudice .He did not care to be popular or unpopular when speaking the truth.From my humble opinion,he just want to bring people into Islam with a very simple and modern approach.

    ReplyDelete
  73. nk bergaduh wat aper,korang ader otak korang pikir la, mana yang baik korng ikut arrr dan mana yang buruk jgn arr ikut.ni xpasal2 buat dosa kering.kita xtahu aper yg kita xnampak

    ReplyDelete
  74. Kalau tak suka. ..diam. Siapa yg suka. ....dengarlah ceramah dia. Lg elok dengar ceramah drpd mengata sana, mengata sini. Ada jugak kebaikannyer.

    ReplyDelete
  75. seelok-eloknya kita sesama islam bersatu padu...rasanya kedua2 mereka mengalak kita mendampingi illahi....

    ReplyDelete
  76. nak perkatakan usul kebenaran pasal ustazah mashitah dan ustaz Azhar dengan beriya2..tp tak guna nama sebenar???

    ReplyDelete
  77. Saya nasihatkan dato masyitah jgn over makeup. Tak sesuai......

    ReplyDelete
  78. http://al-hajari.blogspot.com/2012/06/awat-mashitah-jaki-bebenor-dengan-ustaz.html

    ReplyDelete
  79. layak ke dia ni dipanggil ustazah..cube korang tengok fatwa2 yang dia keluarkan..hmm

    ReplyDelete
  80. saya kesian dengan mashitah lebih2 lg bila dia berani persoalkan hukum hudud padahal hudud tu hukum Allah...bila UAI bidas dia tu yg dia sakit hati..mula nak cari salah UAI...satu lg tak faham betul malaysia ni..nak mengajar agama pun nak kena ada tauliah, permit dan sebagainya..tak logik langsung..berdakwah pun nak kena macam tu..macamana dakwah nak berkembang...semua nak sekat...kalau ada orang buat ajaran sesat memang orang akan sedar..orang Islam bkn bodoh..jd jgn takut lar..Pasal lawak ustaz Azhar tu bkn lawak bodoh...ada matlamatnya..cuma orang tak suka bila terkena batang hidung sendiri..biasa lar..ego..tak nak mengaku salah..Kesian mashitah..dia kena muhasabah diri dia...apa niat dan matlamat dia dalam dakwahnya..hanya dia dan Allah SWT yang tahu...

    ReplyDelete
  81. geli hati ibis dan syaitan tgk umat Islam bepecah belah.. memaki ulama'.. Astaghfirullah.. kalau nak nasihat/tegur bkn begini caranya.. cuba cakap direct (teknologi kan canggih skrg? fb? twitter? hp?).. mana lah tau, Allah bagi hidayah dari jawapan yg ulama' bagi..

    ReplyDelete
  82. semoga Allah berikan hidayah kepada ustazah ni untuk kembali ke jalan yang benar dan berikan kekuatan kepada beliau untuk menghadapi dugaan duniawi..amiin.

    ReplyDelete
  83. Masaalahnya APA yg ustaz Azhar ckp betul..yg xsuka tu faham2 la KNP..kejar dunia......

    ReplyDelete
  84. Masaalahnya APA yg ustaz Azhar ckp betul..yg xsuka tu faham2 la KNP..kejar dunia......

    ReplyDelete