ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak didakwa berbohong kepada rakyat berhubung isu pembelian 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sebagai Menteri Besar, Azizan yang merupakan pengerusi kepada anak syarikat kerajaan negeri itu sudah semestinya mengetahui mengenai pembelian saham FGVH berkenaan.
"Saya pernah menjadi Menteri Besar serta Pengerusi PKNK dan setiap cek melebihi RM1 juta yang dikeluarkan oleh PKNK mesti ditandatangani oleh pengerusi.
"Jadi bagaimana Azizan kata beliau tidak tahu dan nampaknya beliau berbohong kepada rakyat untuk 'melepaskan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Post a Comment