.

Karpal Singh sedia laksanakan Hudud... - Nasrudin Hasan

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan hari ini tetap mempertahankan fakta berhubung kesediaan Karpal Singh berkompromi untuk melaksanakan hukum hudud walaupun ia disanggah oleh Pengerusi DAP itu.

Bukan itu sahaja, malah Nasrudin turut mempertahankan fakta yang menyatakan bahawa Pas merupakan parti dominan dalam pakatan pembangkang.

Sehubungan itu beliau mencabar mana-mana pihak menganjurkan satu lagi perdebatan sekiranya mereka mendakwa dua fakta yang dikemukakannya itu ketika berdebat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya pada Khamis lalu sebagai satu pembohongan.

''Kedua-dua fakta ini saya kemukakan dalam debat. Sepatutnya kalau ia satu pembohongan maka ia perlu dipatahkan dalam debat tersebut. Jika mereka tidak berpuas hati aturkan satu lagi siri debat terbuka dan jemput kami.

''Kita selesaikan perkara ini dalam gelanggang. Bukan bising di luar gelanggang. Banyak tugas yang terpaksa saya fokus untuk membangunkan umat ini berbanding melayan kerenah UMNO yang sukar menerima realiti,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kebenaran dua fakta tersebut ekoran kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh, Mohd. Razlan Mohd. Rafii yang mendakwa Nasrudin telah berbohong.

Mohd. Razlan berkata, tindakan Nasrudin memutarbelitkan fakta berhubung kompromi Karpal terhadap hukum hudud adalah serius dan menuntut penjelasan sewajarnya.

Beliau berkata, Pas bukan parti dominan, sebaliknya DAP lebih dominan berbanding parti itu dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sementara itu Karpal dalam kenyataannya di sebuah akhbar berbahasa Inggeris kelmarin membidas Nasrudin dengan menegaskan yang beliau tidak pernah berkompromi dalam soal melaksanakan hukum hudud.

Karpal berkata, ia juga merupakan pendirian DAP secara keseluruhan dan pelaksanaan hukum hudud tidak pernah dirunding dalam sebarang bentuk perbincangan.
Share this post :

+ comments + 3 comments

25 July 2012 10:40

Berdebatlah dengan karpal baru betul....sebab ini hal antara mereka.... buat apa nak debat dgn orang tak berkaitan dgn pembohongan.. Tak abis abis nak pedajjalkan orang yg tak berdosa.....

Tapi dia misti ingat..kedua dua Tok Guru dia kecut telor bila berdepan Karpal... Teringat beberapa insiden.. sekali Karpal sergah.. ,terkebil kebil biji mata Tok guru tu.....

Anonymous
25 July 2012 12:18

PTUIHH.....DAH KANTOI NGAKU SAJALAH AL IBLIS

Anonymous
26 July 2012 03:37

haaha..tercela la ustaz yg kononnya bergelar ulama politik ni

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger