Biarpun menyambut baik pengumuman bonus penjawat awam oleh Perdana Menteri semalam, namun bagi PAS ianya bukan penyelesaian jangka masa panjang kepada beban hidup yang ditanggung rakyat.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, sehingga kini kerajaan BN hanya pandai bermain dengan pemberian one-off menggunakan angka 500, namun gagal merancang pelan tindakan untuk jangka masa panjang.
"Kerajaan gagal melaksanakan plan bertindak jangka panjang bagi membantu kesempitan hidup rakyat, bagi menutup kelemahan tersebut mereka hanya menggunakan RM500 dengan tujuan menutup mulut rakyat.
"Banyak imbuhan yang diberikan sebelum ini hanya dalam lingkungan RM500 sahaja dan itu sahaja yang mampu dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa semua penjawat awam akan diberikan bonus setengah bulan gaji dengan minima RM500.
Bayaran RM500 itu juga turut akan diberikan kepada pesara kerajaan.
Sambil melabelkan BN sebagai 'Kerajaan 500', Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut melahirkan kebimbangan pemberian one-off itu akan disusuli dengan kenaikan harga barang.
Jika kerajaan gagal mengawal keadaan itu katanya, yang menjadi mangsa adalah rakyat bukan kakitangan awam yang tidak menerima bonus tetapi terpaksa menanggung kesan kenaikan harga barangan itu.
Sebelum ini, Najib mengumumkan pemberian bonus 'raya' minima RM 500 kepada seluruh penjawat awam.
Ini diikuti oleh Kerajaan negeri Selangor yang turut memberikan bonus dalam jumlah yang sama berserta bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam.
Ketua Menteri P.Pinang juga mengumumkan akan memberi bonus setengah bulan atau minimum RM600 kepada pegawai perkhidmatan awamnya pada 9 Ogos ini dan bonus RM300 turut diberikan kepada guru kelas aliran fardu ain.
Guna Ku Li untuk jatuhkan Najib
16 minutes ago



Post a Comment