Alor Setar - Sejak pukul 3.30 petang lagi orang ramai sudah menanti di kawasan padang berhampiran Taman Wira Mergong bagi mendapatkan bubur kanji yang disumbangkan ADUN Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.
Orang ramai, yang terdiri daripada berbilang kaum, beratur mendapatkan bubur berkenaan pada setiap kali Ramadan adalah senario biasa sejak 19 tahun lepas, iaitu sejak Ahmad Bashah menjadi wakil rakyat kawasan Bakar Bata.
Bubur kanji berkenaan sudah menjadi terkenal sehinggakan ada yang datang dari daerah berdekatan seperti Pokok Sena, Kubang Pasu datang untuk mengambil bubur yang diedarkan secara percuma sepanjang bulan puasa itu.
Ahmad Bashah, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, berkata setiap hari sebanyak 1,500 bungkus diedarkan kepada orang ramai.
“Kita mula mengedarkan mulai 4 petang, tetapi dari pukul 3.30 lagi sudah ada yang menanti bagi memastikan mereka mendapatnya. Dalam masa sejam sahaja bubur itu habis diedarkan,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan bubur itu kepada orang ramai petang semalam.
Beliau berkata kerja memasak, membungkus dan mengedarkan dilakukan sukarelawan yang terdiri daripada ahli dan penyokong UMNO setempat.
Setiap hari sebanyak enam periuk bubur kanji dimasak.
+ comments + 2 comments
Di hari baik bulan baik ini kalau nak bersedekah pun tak perlu lah ada logo umno. Bak kata dah 19 tahun bersedekah orang dah kenal siapa Datuk.
Ya saya setuju benar tu. Nak berlogo apa lagi di bulan yg mulia ini.
Post a Comment