.

Penduduk bandar Ipoh bakal nikmati kemudahan lampu solar..

Kerajaan negeri bercadang menggantikan lampu jalan sedia sekitar bandaraya Ipoh dengan lampu solar bagi mengurangkan pengunaan tenaga eletrik, kata Menteri Besar Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Katanya, pada peringkat ini usaha sedang dibuat bagi mengenal pasti kawasan-kawasan sesuai untuk pemasangan lampu berkenaan.

"Kita tidak ada masalah menggunakan lampu solar bagi lampu jalan sekitar bandaraya Ipoh dan juga beberapa tempat yang bersesuaian agar ia dapat memberi manfaat besar kepada penduduk di Bandaraya Ipoh.

Ini boleh dilaksanakan sekiranya pembelian lampu solar berpatutan serta mempunyai bekalan yang mencukupi,’’ katanya pada sidang media di Program Bertemu Pelanggan di Dewan Serbaguna SUK hari ini.

Kata Menteri Besar lagi, cadangan pemasangan lampu solar ini juga akan dilaksanakan di kawasan pembangunan baru seperti Meru Raya.

Katanya, setakat ini, pihak JKR telahpun memasang 10 batang tiang lampu solar di kawasan berjogging Bukit Kledang.

Katanya, beliau telah menerima banyak permintaan daripada beberapa syarikat bagi melaksanakan projek pemasangan lampu solar ini namun persoalannya ia membabitkan soal tahap selama mana lampu berkenaan dapat bertahan selain kosnya.

Katanya, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang halangan untuk melaksanakan projek pemasangan lampu solar ini asalkan ia benar-benar berkesan dan dapat memberi faedah kepada para penduduk disekitar Bandaraya Ipoh.
Share this post :

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger