KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perpecahan umat Islam akibat daripada perbezaan dan ideologi politik merupakan salah satu faktor yang boleh melemahkan kekuatan Islam di negara ini.
Menurut Perdana Menteri, musuh-musuh Islam sentiasa berusaha untuk memecah belah umat Islam kerana mereka sedar kekuatan Islam selama ini banyak bergantung kepada perpaduan yang terbina erat.
Justeru, beliau menyeru umat Islam supaya menguatkan lagi perpaduan ummah kerana ia merupakan asas kekuatan umat Islam pada masa depan.
‘‘Untuk itu inspirasi perpaduan daripada peristiwa Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan harus dijadikan pedoman oleh umat Islam secara menyeluruh. Yakini bahawa kemenangan dan kejayaan itu hanya akan datang apabila terciptanya perpaduan di antara yang memimpin dengan yang dipimpin,’’ katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusan Ramadan di blognya, http://1malaysia.com.my.
Ujar Najib, perbezaan pendapat dan ideologi perlu diketepikan demi perpaduan ummah yang akan membawa seluruh umat Islam di negara ini ke suatu dimensi baru yang lebih baik pada masa mendatang.
Berita yang disembunyikan: BN hilang deposit di 2 kerusi
30 minutes ago



Post a Comment