.

110 anak angkat keluarga miskin diraikan sempena Aidilfitri..

Berteraskan konsep “Tiada tertinggal, tiada terpinggir” , ternyata usaha membantu anak-anak dari keluarga termiskin keluar dari kepompong kesusahan semakin terbela.

Menteri Besar Perak, Datuk Sri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir berkata dengan adanya pendekatan ini anak-anak tersebut akan mendapat pelajaran yang lebih baik dan sempurna, tidak lagi menghadapi masalah kekangan kemiskinan serta pendapatan.

“Ini adalah tahun ketiga kita mengadakan program bersama-sama anak angkat saya yang seramai 110 orang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Sepanjang tiga tahun kita banyak melihat perkembangan diri mereka. Jika pada mulanya kita melihat pelajar-pelajar ini banyak mengalami kemurungan kerana tekanan kehidupan akibat kemiskinan, namun kini kehidupan mereka semakin ceria”, katanya kepada media di pusat membeli belah AEON station 18, Lahat sempena Program Sumbangan Hari Raya Bersama Anak-Anak Angkat Menteri Besar.

Hadir sama isteri Menteri Besar Datin DiRaja Saripah Zukipli dan Timbalan Pengerusi YBUDR Khairul Azwan Harun.

Katanya, pelajar-pelajar tersebut terdiri dari golongan termiskin di daerah-daerah yang dikenalpasti oleh guru-guru dan seterusnya diperkenalkan kepada Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR). Mereka yang terpilih akan dinilai latar belakang keluarga sebelum diambil sebagai anak angkat Menteri Besar.

Menurut Zambry bilangan anak-anak angkat ini akan bertambah dari masa kesemasa selaras dengan matlamat untuk memberi pendidikan serta mengeluarkan mereka dari kesusahan serta kemiskinan.

“Penigkatan mereka dalam pelajaran semakin hari semakin baik dan pastinya kehidupan mereka pada masa hadapan akan terus terjamin”, katanya.

Kesemua anak-anak angkat tersebut telah menerima duit raya sejumlah RM150.00 seorang dan Zamby juga turut memperuntukan RM120.00 tiap seorang bagi membeli baju raya.

Beberapa orang anak angkat tersebut melahirkan rasa gembira dan terharu diatas ingatan Menteri Besar sempena Hari Raya yang bakal menjelang.

Syafika Hana Omar, 13, dari Hulu Perak merakamkan rasa gembira diatas prihatin Menteri Besar yang sedikit sebanyak menceriakan sambutan Hari Raya yang bakal tiba.

“Saya amat bertuah terpilih menjadi anak angkat Menteri Besar. Setelah tiga tahun menjadi anak angkat Menteri Besar kehidupan saya bertambah baik. Bebanan ibu bapa saya bertambah ringan dan pelajaran saya semakin baik dengan bantuan yang diberikan”, katanya.

Mohd. Fairus Othman, 14, dari Kuala Kurau turut melahirkan rasa gembira di atas pemberian duit raya dan baju raya oleh Menteri Besar.

“Menteri Besar adalah seorang yang sangat menitik beratkan pelajaran. Sejak menjadi anak angkat beliau, pencapaian akademik saya semakin baik dan masalah kesulitan wang telah dapat diatasi”, katanya.

Prathip Ravee,13 , dari Parit juga ingin berkongsi kegembiraan menjadi anak angkat Menteri Besar. Kesempitan kehidupan keluarganya kini semakin terbela terutamanya didalam bidang pelajaran.

“Saya merasa gembira memiliki komputer sendiri hasil dari kumpulan wang bulanan sebanyak RM50.00 yang diberi oleh Menteri Besar. Ini telah meringankan bebanan ibu bapa saya. Hari ini saya turut merasa kemeriahan hari raya setelah menerima duit raya dan bayu raya”, katanya yang turut menerima bungkusan makanan KFC yang ditaja oleh YBUDR. - PerakNews
Share this post :

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger