.

Adun DAP dikecam hebat kerana pertikai Lee Chong Wei..


Tindakan seorang Adun DAP Kota Alam Shah, M.Manoharan yang mempertikaikan keupayaan pemain badminton utama negara Datuk Lee Chong Wei untuk memenangi emas di Sukan Olimpik London 2012, telah mendapat kecaman dari pelbagai pihak di laman sosial Facebook.

Manoharan semalam didalam akaun Twitternya mempersoalkan samaada adakah Datuk Lee Chong Wei bermain lebih baik dari pemain perseorangan China, Lin Dan didalam usaha negara merebut emas pertama di temasya sukan berprestij tersebut.


Ramai pelayar laman sosial tersebut mengecam tindakan Manoharan yang mereka sifatkan langsung tidak menghargai pemain badminton kelahiran Bukit Mertajam itu didalam usahanya mengharumkan nama negara.

Selain dari digelar sebagai pengkhianat negara, Manoharan juga dilabelkan sebagai wakil rakyat yang tak bertamadun kerana sanggup mencampuradukkan politik kotor beliau didalam sukan yang diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Malah ramai juga pelayar siber meninggalkan mesej kutukan di dinding laman Facebook Manoharan.

Sebelum ini, Manoharan juga pernah menimbulkan kontroversi apabila menimbulkan cadangan untuk menukarkan bendera kebangsaan negara apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Beliau terpaksa memohon maaf kepada seluruh rakyat dan menarik balik kenyataannya setelah dikecam hebat oleh pelbagai pihak pada ketika itu.

Adakah perkara yang sama juga akan berlaku kali ini? Adakah Manoharan akan sekali lagi meminta maaf dan menarik balik kenyataan beliau tentang Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton nombor satu negara?
Share this post :

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger