.

Amuk di JPM: Wanita di saran lantik peguam.

PUTRAJAYA 29 Ogos - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menyarankan wanita yang didakwa melakukan ugutan jenayah dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bulan lalu supaya melantik peguam secepat mungkin bagi membolehkan urusan penyerahan dokumen bagi perbicaraan kesnya disempurnakan.

Sehubungan itu, Muhdalena Ahmad, 28, diberi tempoh kira-kira tiga minggu untuk mendapatkan khidmat guaman dan seterusnya menyelesaikan urusan penyerahan dokumen sebelum kesnya disebut semula pada 12 September depan.

Tertuduh yang dibenarkan ikat jamin berjumlah RM10,000 hadir di mahkamah ditemani seorang ahli keluarga. Dia cuba menyembunyikan wajahnya daripada dirakam lensa kamera dengan memakai topeng `Power Rangers'.

Pada 16 Julai lalu, Muhdalena mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan berasingan iaitu melakukan ugutan jenayah dan membawa pedang yang dikelaskan sebagai senjata berbahaya.

Pendakwaan terhadapnya dijalankan di Hospital Putrajaya kerana ketika itu dia dirawat akibat cedera dalam kejadian amuk yang turut menyebabkan seorang lelaki yang mengaku dirinya `Imam Mahadi', Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, terbunuh.
Share this post :

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger