Apakah maksud Seksyen 97(1) BAFIA?
Jika kita rujuk akta tersebut seksyen 97 adalah mengenai kerahsiaan (secrecy)
Di sini penulis terjemahkan maksud Seksyen 97(1) menggunakan google translation :
Tiada pengarah atau pegawai mana-mana institusi berlesen atau mana-mana biro luar yang ditubuhkan, atau mana-mana ejen yang dilantik, oleh institusi berlesen untuk menjalankan mana-mana bahagian perniagaannya, sama ada dalam tempoh jawatannya, atau semasa tempoh pekerjaannya, atau selepas itu, dan tiada seorang pun yang atas apa-apa sebab, mempunyai dengan apa-apa cara akses kepada mana-mana rekod, buku, daftar, surat-menyurat, atau apa jua pun dokumen lain, atau bahan, yang berhubungan dengan hal ehwal atau, khususnya, akaun, mana-mana pelanggan tertentu institusi, hendaklah memberi, mengemukakan, membuka, mendedahkan, menyiarkan atau selainnya mendedahkan, kepada mana-mana orang, atau membuat suatu rekod bagi mana-mana orang, apa-apa maklumat atau dokumen apa jua yang berkaitan dengan hal ehwal atau akaun pelanggan itu.
Walau pun Seksyen di atas jelas menunjukkan kerahsiaan sebarang dokumen institusi perbankkan dan kewangan, terdapat beberapa lagi Seksyen yang berkaitan dengan Seksyen 97 :
1. Seksyen 98 (Disclosure for facilitating performance of functions by Bank)
2. Seksyen 98A (Disclosure for facilitating performance of functions by Malaysia Deposit Insurance Corporation)
3. Seksyen 99 (Other permitted disclosures)
Seksyen-seksyen di atas ada menyebut klaus membenarkan pendedahan dokumen dan informasi tetapi ianya perlu melalui saluran yang betul iaitu melalui perintah mahkamah.
Malah prosiding mahkamah perlu mengikut Seksyen 99 (2) dan 99(3). Di bawah ialah terjemahan seksyen tersebut :
(2) Dalam apa-apa prosiding sivil di bawah subseksyen (1) (b) atau (d) di mana apa-apa maklumat atau dokumen adalah mungkin didedahkan berhubungan dengan akaun pelanggan, prosiding itu boleh, jika di mahkamah, atas kehendaknya sendiri, atau atas permohonan pihak kepada prosiding itu, memerintahkan sedemikian, diadakan secara tertutup dan dalam hal yang sedemikian, maklumat atau dokumen itu hendaklah menjadi rahsia antara mahkamah dengan pihak-pihak dalam prosiding itu, dan tiada pihak itu boleh mendedahkan apa-apa maklumat atau dokumen itu kepada mana-manaorang lain.
(3) Melainkan perintah mahkamah sebaliknya, tiada seorang pun boleh menyiarkan nama, alamat atau gambar mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding sivil yang disebut dalam subseksyen (2), atau apa-apa maklumat yang mungkin membawa kepada pengenalpastian pihak-pihak kepadanya, sama ada semasa prosiding itu atau pada bila-bila masa selepas mereka telah ditamatkan.
Dan jika merujuk kepada Fourth Schedule dalam BAFIA 1989, pesalah Seksyen 97(1) boleh dikenakan hukuman denda RM3 juta / penjara 3 tahun.
Kes mahkamah ini sudah pasti menarik minat kita semua. Penulis tidak pasti sama ada Seksyen 99(2) dan 99(3) akan dipakai dalam prosiding mahkamah Rafizi Ramli.
Dan seperti biasa, pemimpin-pemimpin pembangkang sudah mula bersuara mempertikaikan kes Rafizi Ramli. Mereka menuduh UMNO dan sebagainya.
Inilah patheticnya pemimpin-pemimpin pembangkang. Apabila Anwar Ibrahim dibebaskan kerana technical fault dalam kes liwat Saiful Bukhari, pembohongan mereka kononnya tiada kebebasan mahkamah terbukti.
Begitu juga dengan 2 kes Lim Guan Eng DAP dan Utusan Malaysia. Pembohongan pembangkang kononnya kehakiman ditelunjuk UMNO/BN juga terserlah.
Dan kini, giliran Rafizi Ramli pula. Mungkin kepada mereka yang tidak arif tentang pembankkan dan kewangan akan menyangka bahawa Rafizi Ramli adalah mangsa keadaan tetapi isunya lebih besar daripada itu.
Cuba anda bayangkan jika tiada tindakan di ambil, kita boleh 'mencuri' maklumat bank Lim Guan Eng DAP atau Lim Kit Siang DAP atau Khalid Ibrahim atau Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja.
Itu dari perspektif politik. Kelonggaran tanpa hukuman 'mendedahkan' maklumat rahsia bank akan pasti menghuru-harakan ekonomi, lebih-lebih lagi persaingan business dan sebagainya.
Maka, sesiapa yang menganggap dakwaan terhadap Rafizi Ramli itu tidak patut, penulis sarankan mereka supaya sedar dan menelaah sedikit implikasi keseluruhan kes ini.
Look at the bigger picture and it's even bigger then NFC !
Difahamkan juga bahawa Johari Mohamad yang didakwa sebagai 'the whistleblower' turut didakwa bersubahat dengan Rafizi dan melanggar Seksyen 112(1)(c) Akta yang sama.






+ comments + 1 comments
Pejuangan untuk bangsa dan agama dikala pimpinan Golongan zaman pahlawan hang Tuah yakin lagi..gologan Mat Kilau...yakin lagi..Gologan morden Tunku yakin lagi...sampai gologan Peguam ramai cebur politik..mula tak yakin @keliru dah....gimik lebih ..saman menyaman bagai mainan jee...Rakyat juga belah dua dan terbungkang.
Post a Comment