.

Hanya KeAdilan dan Pakatan mampu turunkan harga kereta..

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menempelak pemimpin Umno kerana mempertikaikan dasar Pakatan Rakyat (PR) yang mahu menurunkan harga kereta, tetapi dalam masa sama menyokong langkah ini sekaligus menyerlahkan sikap hipokrit dan bermuka-muka mereka.

“Ia juga membuktikan bahawa kajian KEADILAN mengenai kesan buruk harga kereta yang tinggi turut dipersetujui oleh pakar-pakar dan pegawai kerajaan.

“Membayangkan sikap bermuka-muka dan hipokrasi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang secara berterusan mengkritik cadangan KEADILAN atas alasan ia akan memufliskan negara,” katanya pada kenyataan.

Beliau mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris yang memetik sumber dalaman rapat dengan kerajaan berhubung cadangan rombakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) untuk mengurangkan harga kereta.

Beliau menyeru Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bertanggungjawab merombak Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) serta mengumumkan pendirian kerajaan berhubung penurunan harga kereta.

“Saya menyeru supaya Datuk Seri Mustapha Mohamad yang bertanggungjawab merombak Dasar NAP2012 supaya berterus terang kepada rakyat apakah sebenarnya dasar kerajaan Umno BN berhubung penurunan harga kereta?

“Sekiranya beliau bersetuju dengan cadangan KEADILAN untuk mengurangkan cukai eksais secara berperingkat dan menurunkan harga kereta, beliau wajar memanggil kepimpinan PR untuk mengadakan rundingan meja bulat membincangkan pelaksanaan dasar ini kerana penurunan harga kereta adalah satu-satunya isu nasional yang mendapat konsensus di kedua-dua belah pihak (Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional),” ujarnya.
Share this post :

+ comments + 4 comments

Anonymous
24 August 2012 08:12

Org klu hanya pandai menanam tebu di bibir mulut memang begitu. Asal org buat baik ada aje komen. Cuba selidek apa jada awak kat selangor sewaktu awak di sana? Sebagai professional . Akta bafia pun ignorance.nak naik cepat bangsa pun awak gadai. Pi da.cakap banyak tin kosong memang cam tu

Anonymous
24 August 2012 10:28

Ingat mak Bapak kau punya Kilang ke nak suka2 Turun harga. Nampak sangat cara PKR nak memerintah Ikut cara kukui besi Anwar AlJuburi. Suka2 buat janji Pilihanraya. Dulu kata Kalau menang esok minyak Turun harga Sekarang nak Turun harga kereta lepas tu nanti semua free. Anwar AlJuburi Kalau tak memfitnah,menipu Dan membelit dia tak kan senang HIDUP.

fuel cell phone
24 August 2012 10:46

Sy sgt bersetuju dgn cadangan menurunkan harga kereta lebih-lebih lagi kereta buatan tempatan. Mungkin PKR sekadar berkempen utk meraih undi, harapan agar kerajaan sedia ada turut prihatin dan mengambil inisiatif.

Sebagai contoh, bagi yang berpendapatan bersih RM 1000 sebulan (belum kira 2.2 juta rakyat yang bergaji kasar/pokok bawah RM 1000, sumber http://www.bharian.com.my/articles/2_2jutapekerjabergajirendah/Article/):
Viva 660 BX (RM 25312.15, manual, xder radio)
= RM 277.37 sebulan (pinjaman 90%, bunga 3.5%, 9 tahun)
= 28% daripada pendapatan bersih

Andaikan cukai eksais dikurangkan drpd 75% ke 45% + 10% cukai jualan:
Viva 660 BX (RM 21207.48, manual, xder radio)
= RM 232.40 sebulan (pinjaman 90%, bunga 3.5%, 9 tahun)
= 23% daripada pendapatan bersih

Andaikan cukai eksais dikurangkan drpd 75% ke 15% + 10% cukai jualan:
Viva 660 BX (RM 17102.81, manual, xder radio)
= RM 187.41 sebulan (pinjaman 90%, bunga 3.5%, 9 tahun)
= 19% daripada pendapatan bersih

Mereka yang tergolong dalam kategori di atas membeli kereta sudah pasti sbg satu keperluan (menghantar anak-anak ke sklh, pulang ke kpg), jauh sekali utk bermewah2. Sekurang2nya pengurangan cukai eksais dapat mengurangkan beban isi hutang bulanan, yg boleh digunakan untuk keperluan lain, menanmbahbaik kualiti hidup mahupun menyimpan sedikit untuk waktu2 kecemasan.

Bagi yang berfikir harga kereta murah hanya menambah kesesakan, ingatlah x semua rakyat malaysia duduk di bandar2 besar sprt KL, Penang, JB. Sekurang2nya di KL ada pelbagai kemudahan pengangkutan awam sbg pilihan, itupun masih belum efisen dan menyeluruh, menyebabkan ramai yang terpaksa beli/guna kenderaan persendirian.

Selain pengurangan cukai untuk kereta jenis ekonomi/tempatan, harap kurangkan sedikit (cth: cukai eksais 80% kpd 30% + cukai jualan + duti impot) bagi kereta jenis impot sederhana (kurang daripada 2000 cc). Sekurang2nya golongan pertengahan akan mampu memiliki kereta yang lebih berkualiti, secara tidak langsung memberikan cabaran/saingan kpd Proton utk menambahbaik kualiti kereta) yang sudah lebih 20 thn dalam zon selesa.

Cumanya, bg kereta jenis mewah (BMW, Mercedes, Audi) n berkuasa tinggi (Ferrari, Lamborghini, Porsche), dikekalkan pd kadar cukai skrg atau boleh dinaikkan lagi untuk menampung pengurangan cukai kereta jenis ekonomi/tempatan/sederhana. Pastinya, golongan2 elit ini, yang pastinya duit sampai tak tahu nak buat apa, sentiasa mampu dan akan terus membeli kereta mewah/berkuasa tinggi demi menunjukkan/menjaga status mereka.

Anonymous
27 August 2012 09:02

ukur baju di badan sendiri lar. kalau stakat gaji Rm1000 gunakan perkhidmatan awam.. kurangkan jem dan isu tol pun x dipolitikan..

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger