.

Hudud : Pemuda Pas P.Pinang yakin Karpal lebih tahu tentang undang-undang..

PULAU PINANG - Pemuda Pas negeri masih yakin hukum hudud boleh dilaksanakan jika pembangkang berjaya mentadbir negara meskipun ditentang keras oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Ketua Pemudanya, Mohd. Yusni Mat Piah berkata, sebagai peguam, Karpal lebih tahu tentang undang-undang iaitu kuasa mahkamah syariah membolehkan hukum hudud dijalankan.

"Sebagai contoh di Kelantan, boleh dibaca enakmen undang-undang syariah negeri itu mengenai hukum hudud.

"Karpal seorang peguam, dia mesti tahu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah mengingatkan umat Islam supaya tidak menyokong DAP kerana ia adalah haram dan berdosa memandangkan parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta hukum hudud.

Abdullah juga menegaskan, umat Islam tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama dengan DAP kerana ia akan turut membawa kemenangan kepada parti tersebut.

Mohd. Yusni memberitahu, pihaknya akan terus menyokong cita-cita pemimpin tertinggi Pas untuk melaksanakan hukum hudud.

"Kita kena beri kesedaran kepada orang ramai bahawa jenayah semakin berleluasa dan hukum hudud merupakan jalan penyelesaiannya," ujarnya.
Share this post :

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger