.

Karaoke 'ramadhan' di Kelantan..

KOTA BHARU - Sebuah pusat karaoke haram di Jalan Kebun Sultan di sini masih menjalankan kegiatan tidak bermoral di premis itu meskipun dalam kesibukan umat Islam berpuasa.

Dalam serbuan yang dilakukan lewat malam semalam, sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) diketuai Asisten Supritendan Nik Rosdi Nik Yahya, pihak polis berjaya menahan empat wanita warga Thailand yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) lingkungan usia 22 hingga 31 tahun di samping dua lelaki Cina warga tempatan.

Turut dirampas dalam operasi itu, peralatan karaoke selain 14 pelanggan yang turut ditahan untuk membantu siasatan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner, Lai Yong Heng berkata, serbuan dilakukan hasil pemerhatian yang dijalankan anggota di kawasan terbabit minggu lalu.

“Mereka terpaksa memecahkan tiga lapis pintu jeriji dan pintu besi yang dikunci dari dalam kerana tempat terbabit dikawal ketat dengan penjaga di bahagian luar dan dalam premis itu selain mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) yang mengawal keadaan premis.

“Lebih menyukarkan apabila pihak terbabit hanya membenarkan pelanggan yang dikenali masuk ke dalam premis dengan membuat panggilan telefon,” katanya kepada pemberita.

Yong Heng berkata, walaupun dikawal ketat akhirnya kelicikan peniaga itu dapat ditumpaskan, apabila anggota bertindak mengepung kawasan premis dan kesemua mereka dapat ditahan dalam operasi itu.

“Setakat ini barangan yang dirampas, termasuk mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan kerana menjalankan perniagaan karaoke secara haram, selain Seksyen 39B dan Seksyen 55B Akta Imigresen kerana bertindak melindungi dan membawa lari wanita warga asing terbabit.

“Diharapkan supaya orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada pihak polis bagi membendung perlakuan tidak bermoral di negeri ini,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba melindungi kegiatan ini dan mengharapkan kerjasama masyarakat dalam membendung situasi terbabit.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
5 August 2012 16:31

YE,KE....ITU NEGERI AKU LA...TAK SANGKA NEGERI TADAHAN WAHYU,NEGERI SERAMBI MEKKAH SERTA NEGERI YANG DIHUNI OLEH PARA AMBIA,PARA ULAMAK,PARA-PARA CENDEKIAWAN DAN PEMIKIR ISLAM TERBAIK DAN TERSOHOR DUNIA JADI BEGINI....MALU..MALU..MALUNYA AKU TAPI AKU TAK HERAN SEMUA TU BERLAKU KERANA ULAMA PAS ADALAH SEUMPAMA ULAMA SELIPAR YANG TAK TAHU APA-APA DAN HANYA TAHU BERPOLITIK SAHAJA...TAK BUAT KERJA BAHKAN TOLOL DAN BODOH PULA.....APA NAK JADI NEGERI AKU AKU TAK TAHU LAH......PANDAI PANDAI KORANG JAWAB DEPAN ALLAH DI PADANG MAHSYAR NANTI......dan apa yang pasti seluruh keluarga dan kaum kerabat aku dah ramai tinggal perjuangan sia-sia PAS dan apa yang aku perhati satu DEMI SATU ORANG KAMPUNG DAH MUAK DENGAN PAS......tunggulah wahai NIK AZIZ nasib kamu di PRU ke 13 nanti.

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger