ALOR GAJAH - Sebuah lori tiga tan yang merintangi lebuh raya dirempuh tiga kali, mengakibatkan dua maut dalam kemalangan Kilometer 197.3 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke selatan, berhampiran Alor Gajah di sini, awal pagi semalam.Dalam kejadian jam 4.45 pagi membabitkan lima kenderaan itu, Muhammad Farid Mazlan, 27, yang bertugas sebagai guru di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor, sementara Mohammad Fakhrulrazi Baharuddin, 28, seorang jurutera, maut di tempat kejadian kerana cedera parah.
Muhammad Farid memandu kereta jenis Perodua MyVi dalam perjalanan ke Johor Bahru selepas bercuti sempena Aidilfitri selama seminggu.
Mangsa dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah lori tiga tan yang sebelum itu telah merempuh bahagian belakang sebuah treler.
Sumber berkata, kemalangan menyebabkan kenderaan mangsa terhumban ke tebing lebuh raya, sementara lori terbabit hilang kawalan dan memasuki laluan tengah sehingga merentangi jalan.
"Pemandu lori, Rosli Md Nor, 37, tersepit di tempat duduk selepas merempuh treler dan kemudian dirempuh pula oleh mangsa di bahagian belakang.
"Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.


Post a Comment