.

Mahathir mahu rakyat berhati-hati dengan janji Pakatan Rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan ahli politik yang sering menabur pelbagai janji, termasuk janji untuk membawa kesenangan dalam 'sekelip mata'.

Menurutnya, golongan itu akan cuba memesongkan fakta yang negara ini jauh lebih baik berbanding negara lain serta mengeksploitasi setiap kepayahan yang dilalui oleh rakyat.

"Mereka berjanji untuk memberikan kesenangan secara tiba-tiba, pendidikan percuma dan segala bentuk pemberian. Mereka juga janjikan kepada negeri-negeri pengeluar minyak untuk meningkatkan royalti daripada lima kepada 20 peratus.

"Jelas ini akan mengakibatkan Kerajaan Persekutuan kehilangan 15 peratus hasil daripada minyak dan itu adalah satu jumlah yang besar. Ini akan mengurangkan hasil kerajaan dan pada masa sama meningkatkan perbelanjaan kerajaan,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru di blognya, http://chedet.cc.

Mahathir berkata, janji-janji tersebut adalah menyamai apa yang dilakukan oleh kerajaan Greece yang akhirnya menjadikan negara itu bankrap.

Katanya, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama juga pernah menabur pelbagai janji, tetapi sepanjang mentadbir AS, pemimpin itu gagal membawa apa jua perubahan.

"Dunia kini sedang melalui saat yang sangat dahsyat. Greece bankrap manakala kewangan Sepanyol, Portugal dan Itali semakin teruk. Britain juga akan menerima nasib sama. AS pula mendakwa ekonomi mereka sudah pulih. Saya tidak percaya ia adalah benar. Di sana (AS) masih terdapat banyak pengangguran.

"Di dunia lain pula, negara-negara Arab berdepan tentangan rakyat, perang saudara di Syria, pembunuhan etnik Rohingya di Myanmar, bencana alam, letusan gunung berapi, gempa bumi dan rakyat benua Afrika yang mati kebuluran,'' katanya.

Oleh itu, jelasnya, dalam berdepan dengan semua situasi berkenaan, rakyat Malaysia adalah rakyat yang bernasib baik.

"Kewangan dan ekonomi negara tidak seteruk negara luar. Walaupun kos sara hidup telah meningkat tetapi rakyat tidak kelaparan seperti yang dilalui rakyat di benua Afrika dan sesetengah Asia. Kerajaan (ketika ini) pemurah dan sentiasa bersedia untuk membantu.

"Eksport kita adalah tinggi dan sedang berkembang. Kadar pengangguran adalah rendah. Pertumbuhan ekonomi yang pesat iaitu pada kadar empat ke lima peratus dan ia jauh lebih baik berbanding Eropah atau AS atau negara-negara Asia Barat dan utara Afrika," tegasnya.

Atas dasar itu, katanya, rakyat perlu berhati-hati dengan apa jua janji sesetengah ahli politik yang kononnya mahu membawa perubahan di negara ini.

"Perubahan tidak sentiasa menjadi lebih baik. Perubahan boleh memburukkan lagi keadaan," jelasnya.
Share this post :

+ comments + 3 comments

Anonymous
2 August 2012 10:41

Untuk pengetahuan Tun....apa yang rakyat mahu....segala harta benda dan wang ringgit yang telah di kebas/sapu/curi/tipu/rampas/rampok dari rakyat oleh kerajaan BN....dikembalikan kepada rakyat...Faham tak?

2 August 2012 12:17

ya memang betol kewangan negara kukuh, tapi camne kewangan rakyat, harga barang terus meningkat, belanja hidup terus meningkat..tapi pemimpin BN senang2 berbelanja, belanja PM saje beratus juta tapi kemajuan utk rakyat tk setimpal dengan belanja yg dilaburkan.

Anonymous
4 August 2012 00:07

TIDAK PERNAH BERSYUKUR PUNYA ORG, ORANG PEMALAS JAK CAKAP MACAM NI...

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger