.

Najib perlu segera bayar royalti.. - Anwar Ibrahim

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Perdana Menteri menyegerakan bayaran tunai royalti minyak kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Beliau berkata, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu berdolak dalik kononnya mahu menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji isu itu.

“Akta Pembangunan Petroleum 1974 jelas menetapkan Kerajaan Pusat perlu membayar royalti kepada negeri-negeri yang mempunyai minyak,” katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata, sudah tiba masanya Petronas mempertimbangkan pengagihan royalti yang seimbang berdasarkan projek pendaratan minyak.

Beliau berkata, pengagihan royalti yang seimbang akan merancakkan pembangunan ekonomi negeri yang terbabit.

Penubuhan jawatankuasa itu diumumkan Najib bagi mengkaji isu bayaran tunai petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur.

Jawatankuasa itu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dalam dan luar negara, wakil kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
11 August 2012 20:32

Hei AlJuburi, tak payah lah nak tunjuk hero pulak bila Najib dah setuju untuk bayar loyalty dengan Lebih adil...Engkau tu yang Patut pulangkan RM 3 billion Wang Rakyat yang engkau sonklap !!!!!!!!.

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger