.

Namawee gila publisiti murahan..

Sekumpulan bekas penuntut dari China yang pernah belajar di Malaysia meluahkan rasa kesal terhadap rakaman video yang dihasilkan pemuda kontroversi, Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai Namewee kerana mengutuk pemain nombor satu negara mereka iaitu Lin Dan.

Persatuan Alumni Pelajar China di Malaysia menyifatkan klip video yang kini tersebar di laman YouTube adalah keterlaluan dan melampau kerana menghina peribadi individu yang banyak kali mengharumkan negara mereka.

Presiden persatuan itu, Huang Bin mendakwa, ramai penduduk China kini marah dengan tindakan Namewee yang mengutuk Lin Dan secara peribadi dengan menggunakan bahasa yang kesat.

"Video itu tidak sepatutnya dikeluarkan kerana ia mungkin menjejaskan hubungan kedua-dua pihak. Ramai penduduk China sukakan (Datuk) Lee Chong Wei dan perlawanan akhir acara perseorangan badminton Sukan Olimpik baru-baru ini diiktiraf sebagai pertandingan kelas dunia," katanya pada sidang akhbar di pejabat persatuan itu di Jalan Loke Yew di sini hari ini.

Namewee baru-baru ini memuat naik klip video ciptaannya di laman web yang mengandungi kata-kata makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas pemain itu mengalahkan Chong Wei dalam perlawanan akhir sukan acara badminton Olimpik London di Arena Wembley.

Mengulas lanjut, Huang Bin berkata, pihak persatuan tidak akan membuat laporan polis berhubung hinaan itu kerana menimbangkan kenyataan maaf yang telah dibuat Namewee di laman sosialnya.

"Memandangkan dia sendiri telah meminta maaf, kami tidak akan membuat sebarang tuntutan tetapi kami berharap perkara sedemikian tidak akan berulang," tegasnya.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Michael Chong menyifatkan perbuatan Namewee itu adalah semata-mata untuk menambah populariti dirinya serta mahu mendapat publisiti murahan tentang filem terbarunya.

"Dia melampau kerana bermain dengan isu sensitif serta mencarut. Tidakkah dia tahu hubungan antara kedua-dua negara baik dan ada ramai rakyat China di negara ini," katanya.

Tambah Micheal, Chong Wei juga tidak seharusnya meminta maaf tentang perkara itu kerana pihak yang menghina adalah Namewee.

"Saya tahu Chong Wei meminta maaf kerana sifatnya yang merendah diri seperti rakyat Malaysia yang lain," katanya.
Share this post :

+ comments + 1 comments

15 August 2012 23:25

mohon bertukar pautan blog...tq

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger