Ahli Umno/Barisan Nasional diseru meninggalkan segera parti itu ekoran kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyamakan kerajaan BN seperti syaitan, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
“Kalau bekas presiden Umno pun mengatakan kerajaan BN adalah syaitan, maka langkah paling tepat ialah segera meninggalkan Umno dan berhijrah kepada Pakatan Rakyat,” ujarnya.
Muhammad turut memetik ayat al-Qur’an Surah Fathir, ayat 6 yang menyatakan syaitan adalah musuh yang sangat jelas kepada umat manusia.
Ayat berkenaan katanya, bermaksud “Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu. Kerana itu hendaklah kamu memusuhinya. Syaitan hanya bermaksud mengajak golongan yang terpedaya supaya sama-sama menjadi penghuni neraka.”
Dalam pada itu, beliau berkata Mahathir sepatutnya berhati-hati dalam membuat kenyataan apabila menyatakan “Malaikat bukan golongan suci kerana turut membuat kesalahan” .
Jelas Muhammad, kenyataan tanpa bersandarkan kepada ilmu itu boleh mengelirukan umat Islam.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul berpendapat Kenyataan Dr Mahathir menjelaskan sikap jahat pimpinan BN yang terlibat dalam amalan rasuah dan salahguna kuasa.
Ini kerana katanya, pemimpin yang mengamal rasuah memiliki sifat syaitan, justeru rakyat harus menolak mereka pada pilihan raya umum akan datang.
“Pertama, kita ucap ‘terima kasih’ atas pengakuan ikhlas Tun itu kerana akhirnya beliau mengakui jua dan menyamakan Umno BN dengan ‘syaitan’.
“Syaitan ini kita semua maklum sebagai makhluk jahat, zalim, penindas dan gemar merosak keharmonian manusia.
“Maka kalau sudah begitu, rakyat wajar tolak setiap calon berlambangkan Umno BN dalam pilihan raya,” katanya.
Mengulas lanjut, Johari berkata secara tidak langsung Mahathir mengakui kebaikan Pakatan Rakyat, apabila membuat ungkapan “lebih baik mengundi syaitan yang anda kenal, berbanding malaikat yang anda tidak kenal’.



+ comments + 9 comments
Apa ke bodoh sangat manuty ni? Ungkapan tun tentang syaitan dan malaikat ialah satu ungkapan yg biasa di gunakan, nampak sanagt manuty ni bingai...
Apa ke bodoh sangat manuty ni? Ungkapan tun tentang syaitan dan malaikat ialah satu ungkapan yg biasa di gunakan, nampak sanagt manuty ni bingai...
Apa ke bodoh sangat manuty ni? Ungkapan tun tentang syaitan dan malaikat ialah satu ungkapan yg biasa di gunakan, nampak sanagt manuty ni bingai...
Pura-pura tak faham peribahasa Inggeris.
Sesungguhnya sumbangan UMNO kepada Melayu, Islam dan negara amat banyak.
Sebaliknya apakah sumbangan Muhammad Nur Manutty dan Johari Abdul yang dapat dibanggakan?
kalau cam tu kena tinggalkan PAS jugak la noo.... Nik Aziz pun kata nak berkawan ngan syaitan....
Dia belajar kat phili dulu pun duit kerajaan "syaitan" jugak tak takut pulak guna duit tu buat belajar makan , bayar duit belajar, beli baju bwk anak bini semua duit "haram" tak takut dosa ke... Cuba bagi fatwa sikit tang tu...
Dah takda modal...putar belit laa apa org cakap...serupa dia putaq muruku...hahaha
Dah xda modal...putar belit jer laa apa org cakap macam dia putaq muruku...hahaha
"Better the devil you know than the devil you don't know - It is better to deal with something bad you know than with something new you don't; the new thing might be even worse. The proverb is of Irish origin and has been traced back to the 1539 Collection of proverbs by R. Taverner. First attested in the United States in 'Dodd Cases' by K. Livingston..." "Random House Dictionary of Popular Proverbs and Sayings" by Gregory Y. Titelman (Random House, New York, 1996).
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2012/08/kenapa-baghal-sangat-juak-pr-tidak.html#wOirzjQilQvsJjlQ.99
Post a Comment