.

PM ke Kedah esok.

SUNGAI PETANI 29 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan melakukan lawatan kerja ke negeri ini, esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan, Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Alor Setar, pada pukul 9 pagi esok.

Selepas itu, beliau akan bertolak ke Kompleks Rakan Muda Batu 42, Baling dekat sini untuk menghadiri majlis perjumpaan bersama pemimpin tempatan dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri, kira-kira pukul 10 pagi.

Pada pukul 1 petang pula, Najib akan bertolak ke pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar untuk menghadiri Majlis Aidilfitri 1Malaysia anjuran Badan Perhubungan UMNO Kedah.
Share this post :

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger