.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca UtaraNews.com.

Dikesempatan ini, pihak UtaraNews.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia terutamanya kepada pengunjung-pengunjung portal UtaraNews yang tak seberapa ini.

Pihak kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca kerana memberikan sokongan yang berterusan walaupun UtaraNews.com masih baru lagi di dunia siber ini.

InsyaAllah, semoga kehadiran Aidilfitri kali ini mampu membuat kita semua merayakannya dengan penuh bermakna di samping keluarga tersayang.

Terima kasih dan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.


Di keheningan malam.....
Saat nur qadar menjenguk sanubari insan,
Bersemi kerinduan pada Ilahi,
Membawa mengisi ruang cakerawala,
Rintihan keinsafan memamah kesyahduan malam,
Menghiasi tabir munajat kelebihan seribu bulan,

Ramadhan.....
Kepergianmu menyimpan seribu satu kepiluan,
Deraian airmata keimanan,
Hanyut dalam harapan cahaya Ilahi,

Seketika.....
Kesyahduan berganti biasan sinar kemenangan,
Syawal memancarkan sinar kegembiraan,
Aidilfitri membina prasasti kemaafan,
Menghiasi taman-taman silaturrahim.
Share this post :

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger