Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa “lebih baik (memilih) syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal” membawa pengertian lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali dalam BN” dari mengundi “Malaikat yang belum pasti dalam Pakatan Rakyat”.
Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan menafsir demikian dan menyifatkan tindakan mantan Perdana Menteri itu menyamakan BN dengan syaitan sebagai tidak pelik kerana Mahathir juga pernah menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya.
“Kenyataan Mahathir begitu mengejutkan dan agak menakutkan, SAMM sebagai anak muda progresif menghadapi sedikit kesukaran mentafsir, namun akhirnya tafsiran inilah paling sesuai untuk kenyataan ini,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut mengkritik Mahathir kerana menyamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
“Perbandingan seperti ini adalah tidak relevan kerana latar belakang dan polisi perubahan yang berbeza.
“Namun SAMM melihat persamaan lebih relevan yang dimaksudkan Mahathir iaitu antara Obama dengan janji perubahannya dan Najib Razak dengan transformasi palsu serta janji yang tidak pernah ditepatinya,” kata Edy sinis.
“Salah satu para kenyataan Mahathir begitu mencuit hati kononnya “tidak ada jaminan Pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali dan pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan,” katanya.
“Ia seolah-olah Mahathir sedang bercakap di depan cermin, kerana apa yang disebut itu adalah resam regim Umno BN, dan atas resam sebegini jugalah menjadi faktor penting mengapa rakyat perlu menolak BN,” jelas beliau sambil mengingatkan peristiwa pada malam kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 2008 di mana staf kerajaan negeri yang tiba-tiba bertugas pada malam tersebut bertungkus lumus melupuskan dokumen ‘rahsia’.
Tidak cukup dengan itu, katanya dokumen yang terkirai itu dibakar pula bagi menghilangkan ‘bukti’ dan kejadian seumpama ini mungkin berlaku pada malam pengiraan undi PRU-13 nanti dengan lebih panik jika BN tumbang.
Tambahnya, kenyataan Mahathir di dalam blognya itu membuktikan beliau sebenarnya akur dan mengakui perubahan sokongan rakyat pada PRU-13 yang akan menyebabkan Umno BN tumbang.
“Situasi inilah yang menggusarkan seorang bekas Perdana Menteri lantas terbitlah kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi,” kata beliau lagi.



+ comments + 4 comments
Itulah klu kail panjang sejengkal. Tak mungkin dpt mentafsirkan yang tersurat dan tersirat. Anak muda pasca kemerdekaan tak pernah tau erti susah. Takkan faham sebab hsti sudah di selimuti kebencian.
EBY suka banyak makan UDANG bila kmn mee..sebab itu bercakap pun......
Syaitan adalah musuh selamanya. Maksud Tun ialah musuh yang dikenali senang kita hadapi dari pihak yang kononya malaikat tetapi kita tak pasti bagaimana kejahatannya. Tafsiran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)hanyalah semata-mata untuk 'mengena' Tun kerana kebencian politik. Tak lebih dari itu. Kepada yang membaca boleh semak dengan 'mat-mat salleh' yang peribahasa ini keluar dari bahasa ibunda mereka. lain kali belajarlah tinggi-tinggi sebelum nak buat tafsiran.
Dia ini mentafsirkan maksud Tun dgn tujuan mengelirukan orang atau mungkin dia ni bodoh tongong yg tak faham erti bahasa..
Post a Comment