.

Umno tangkap Rafizi untuk tutup penyelewengan.. - Anwar Ibrahim

Penahanan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) pagi ini menggambarkan politik dendam kerajaan yang ditunjangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, motif penangkapan Rafizi jelas berunsur politik bertujuan mendiamkan beliau daripada terus mendedahkan dokumen melibatkan pimpinan Umno BN.

“Sejak pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC) tahun lalu, beliau mendapat ramai seteru yang berkuasa dan akan gunakan apa saja cara untuk mendiamkannya.

“Saya yakin penangkapan ini adalah berkaitan dengan skandal NFC dan juga George Kent yang baru diberi kontrak (LRT Ampang) jutaan ringgit,” kata Ketua Pembangkang itu dalam satu kenyataan.

Mengecam penangkapan itu sekeras-kerasnya, Anwar juga menyatakan sokongan penuh kepada Rafizi dan berharap beliau dapat melalui dugaan dan sentiasa yakin keadilan akan berpihak kepada yang benar dan berani.

“Ini hanyalah satu cara mereka untuk menakutkan rakyat yang ingin mencari kebenaran di sebalik kontrak dan kronisme yang melibatkan Umno BN,” kata beliau.

Sependapat dengan Anwar, Timbalannya, Azmin Ali menyifatkan penangkapan itu bertujuan untuk menutup pembongkaran penyelewangan dan salah guna kuasa pimpinan kerajaan daripada pengetahuan rakyat.

Beliau berkata, penangkapan itu membuktikan Perdana Menteri sangat terdesak berhubung skandal NFC yang membelenggu Umno BN.

“KEADILAN percaya Umno BN sedang mengguna pelbagai cara untuk menutup pekung penyelewengan dan salah guna kuasa daripada menjadi pengetahuan rakyat.

“Namun kita yakin, rakyat Malaysia akan terus bersatu menolak rasuah dan salah guna kuasa demi kemaslahatan negara,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, beliau menyeru rakyat bangkit menyokong Rafizi serta mendesak mahkamah membicarakannya dengan adil.

Semoga beliau terus diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan perjuangan demi rakyat,” kata Azmin.
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
2 August 2012 14:22

majority menentang mana mana rakyat malaysia yg melanggar undang undang.kalau perbuatan ini adalah sah maka saya mohon semua akta di hapuskan. dunia bebasss tanpa peraturan! then we see what would happened,

Anonymous
3 August 2012 11:51

sebab nye si rafizi nie nak tunjuk pandai le...tp sbnor nye bodoh gak mcm lembu gamak nye...yg dia pi bocor kan maklumat akaun bank org tu pasal apa...sendiri buat sendiri tanggung la ek...hehehehe....

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger