.

Undang Undang Anti Lompat Parti Bukti Kesungguhan Pakatan-Lim Guan Eng


GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang merancang untuk meluluskan undang-undang 'anti lompat parti' di negeri itu.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat exco negeri akan datang.

“Kita juga akan mendapatkan nasihat daripada penasihat undang-undang kerajaan negeri.

“Jika anggota exco bersetuju, undang-undang ‘anti lompat parti’ itu akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November,” katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Share this post :

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger