Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah menyerahkan kepada polis 3,892 nama bakal pelatih yang gagal melaporkan diri untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKB) sejak 2010.Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan sebelum tindakan diambil terhadap pelatih terbabit.
"Kami tidak ada pilihan selain menghantar nama mereka kepada pihak polis kerana sesiapa yang ingkar dan disahkan melanggar peraturan itu tidak diberi sebarang pengecualian atau penangguhan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pergerakan pelatih PLKN Kumpulan 3 Siri 9/2012 di Poly-Tech Mara, di sini hari ini.
Katanya JLKN mengambil masa untuk menyediakan senarai tersebut kerana perlu memastikan kesahihan setiap kes termasuk kegagalan pelatih memberi alasan kukuh untuk tidak menghadiri PLKN.
Abdul Hadi berkata mereka yang didapati bersalah akan didenda menjalani khidmat komuniti selama 240 jam.
Katanya walaupun sudah menjalani khidmat komuniti, mereka masih diwajibkan mengikuti PLKN.
Abdul Hadi menasihatkan mereka yang dipanggil mengikuti PLKN tampil membuat penjelasan jika tidak mahu menghadiri latihan, agar tidak disiasat polis dan dikenakan tindakan undang-undang. - BERNAMA


+ comments + 1 comments
plkn ni tak penting mana pun datuk oiiiiii
Post a Comment