Jurulatih England, Roy Hodg- son memuji persembahan barisan pemain muda skuad The Three Lions selepas membelasah Moldova 5-0 pada aksi Kumpulan H kelayakan Piala Dunia 2012 awal pagi semalam.Kemenangan tersebut adalah yang terbesar berjaya di lakar England dalam tempoh 19 tahun.
Pada aksi di Stadium Zimbru tersebut, Tom Cleverley (Manchester United) dan Alex Oxlade-Chamberlain (Arsenal) menampilkan aksi cemerlang meskipun dibayangi kehebatan pemain-pemain senior England.
"Saya tidak mahu membuat perbandingan dengan pemain-pemain hebat pada zaman lalu tetapi pada pendapat saya, Cleverley beraksi dengan baik.
"Dia berjaya mengawal permainan dengan baik dan kelihatan begitu selesa berada di posisinya. Baru kami tahu kenapa (pengurus United) Alex Ferguson kerap menggunakan khidmatnya dalam pasukan itu.
"Saya juga sangat gembira melihat persembahannya bersama Oxlade-Chamberlain pada separuh masa pertama serta Theo Wal- cott pada babak kedua perlawanan.
"Oxlade-Chamberlain jarang beraksi, jadi kami bimbang untuk mengekalkannya lebih lama atas padang. Pada separuh masa pertama, dia kelihatan penat dan kami mengam- bil keputusan mengeluarkannya.
"Cleverley sangat hebat sepanjang 90 minit kerana dia sudah biasa beraksi bersama United. Dia cukup menonjol apabila beraksi bersama Steven Gerard, Frank Lampard dan Michael Carrick," katanya.
Untuk rekod, Cleverley membuat penampilan kedua bersama England manakala Oxlade-Chamberlain beraksi buat kali keenam bersama The Three Lions.
Dalam pada itu, Lampard mengatasi rekod jaringan Geoff Hurst sebagai penjaring terbanyak England selepas meledak dua gol untuk mengumpul keseluruhan 25 gol di pentas antarabangsa.
Dua lagi gol England diperoleh menerusi Jermain Defoe, James Milner dan Leighton Baines.
Bagaimanapun, Hodgson diselubungi kebimbangan berhubung situasi John Terry menjelang aksi kedua menentang Ukraine, Selasa ini selepas pemain pertahanan Chelsea itu mengalami kecederaan di pergela- ngan kaki pada separuh masa pertama.


Post a Comment