.

'Fikir dengan waras pilih calon'-Tunku Abdul Aziz.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sedia menjelajah ke seluruh negara bagi membuka minda rakyat, khususnya penyokong pembangkang supaya membuat keputusan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. Menurutnya, beliau mahu pengundi membuat pilihan berdasarkan akal fikiran bukannya mengikut perasaan. 

Ia kerana, jelasnya, PRU-13 sangat penting untuk Malaysia dan rakyat seharusnya membuat pilihan yang tepat demi masa depan mereka. "Kita mahu rakyat dimaklumkan mengenai perkara sebenar supaya mereka dapat membuat keputusan tepat. "Undi mereka sangat penting bagi menegakkan prinsipal demokrasi dan mereka tidak seharusnya membuat kesilapan. "Kita hanya buat begini (pilihan raya umum) lima tahun sekali dan seharusnya perubahan yang dilakukan ini benar-benar mempunyai kredibiliti dengan mengundi calon mempunyai rekod cemerlang," katanya.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada program The days when we were in DAP malam ini. Kira-kira 1,000 orang memenuhi bangunan Leong See Kah Miew yang terletak di Jalan Perak di sini, iaitu tempat berlangsungnya program berkenaan. Turut menyampaikan ceramah ialah tiga lagi bekas pemimpin DAP iaitu Tan Chee Chong, Tan Tuan Tat dan Yap Kon Min. Tunku Abdul Aziz menambah, beliau menerima permintaan tinggi untuk mengadakan program itu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Share this post :

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger