.

Karpal setuju PRU13 diadakan serentak.

Pilihan raya serentak, kedua-dua peringkat negeri dan persekutuan boleh menjimatkan banyak wang pembayar cukai, kata Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh. "Pada pandangan saya, pilihan raya harus diadakan pada penghujung penggal lima tahun," kata beliau.

 Karpal mengulas mengenai pilihan raya bagi dewan undangan negeri Selangor yang dicadangkan diadakan berasingan dari Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Selangor tidak dapat mengadakan pilihan raya serentak dengan pilihan raya kebangsaan kerana menurutnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum membersihkan daftar pemilih bagi Selangor.

 Karpal berkata, rakyat mengundi kerajaan untuk tempoh lima tahun, oleh itu ekspektasi itu perlu dipenuhi. "Memang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah mengambil alih kedudukan itu daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib mahukan mandat baru rakyat, tetapi itu boleh dilakukan dengan memenuhi penggal lima tahun," kata Karpal. Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubar Parlimen dan mengadakan pilihan raya. Jika tidak Parlimen akan bubar dengan sendirinya pada 29 April dan SPR wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu. - Bernama
Share this post :

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger