GEORGE TOWN - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh bercadang membentangkan rang undang-undang antilompat parti pada sidang Parlimen yang akan bermula 25 September ini.Beliau yang juga Pengerusi DAP akan mengemukakan Rang Undang-undang Ahli Persendirian untuk (bagi membuka jalan undang-undang) membolehkan pindaan rang undang-undang yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang Novermber ini dapat dikuatkuasakan.
“Pindaan rang undang-undang di Pulau Pinang itu akan menjadi kenyataan jika Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan dipinda.
“Saya berharap Barisan Nasional (BN) akan menyokong,” katanya kepada media di Air Itam dekat sini, hari ini.
Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan adalah hak untuk berpersatuan termasuk hak untuk menyertai atau meninggalkan sebuah parti
Selain itu, satu lagi saluran untuk Kerajaan Negeri ialah membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan bagi mengkaji semula keputusan Mahkamah Agung pada tahun 1992 yang memerintahkan undang-undang yang dicadangkan Kelantan berhubung undang-undang yang sama ditolak dan dianggap tidak berperlembagaan.
“Mahkamah Persekutuan boleh menyemak keputusannya sendiri dan kita berharap agar keputusan yang lebih baik bakal dibuat selepas semakan itu,” katanya.
Karpal yang juga ahli badan guaman yang ditubuhkan Kerajaan Negeri bagi mengatur langkah dan memantau pindaan undang-undang itu kelak, berkata pemimpin PR akan mengadakan mesyuarat “secepat mungkin” bagi mencapai pendirian bersama mengenai undang-undang anti lompat parti itu.
Menjawab pertanyaan mengenai tindakan Katua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba memancing ahli parlimen BN untuk menyertai PR pada 16 September 2008 untuk mengambil alih Putrajaya, Karpal berkata, ia adalah usaha untuk parti berkenaan bagi menyatakan pendirian mereka.
“Kerajaan mesti dibentuk di atas sokongan rakyat dan tidak boleh dibentuk dengan pengkhianatan,” katanya.


+ comments + 1 comments
Lambatnya org melayu nk faham agenda DAP..
Post a Comment