ALOR SETAR 5 Sept. - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini kembali bertugas dan mempengerusikan mesyuarat exco selepas seminggu dirawat di hospital kerana masalah kesihatan.Azizan berkata doktor menasihatkan beliau berehat kerana terlalu banyak aktiviti dilakukannya sepanjang Ramadan selain turut mengalami keracunan makanan.
"Saya berehat, doktor paksa berehat. Sepanjang Ramadan mula 2 Ramadan sampai 29 saya berbuka di semua daerah bersama rakyat kecuali Kubang Pasu dan Kulim/Bandar Baharu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Azizan dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini pada 29 Ogos lepas dan dibenar pulang petang semalam. - BERNAMA


Post a Comment