PERTEMPURAN saingan suku akhir pertama antara Pahang dengan Lions XII ternyata sengit. Pasukan Pantai Timur mengikat Lions XII 2-1 di Stadium Darul Makmur malam ini.
Aksi separuh masa pertama menyaksikan Pahang selaku tuan rumah berjaya mendahului permainan dengan jaringan gol pertama oleh Fauzi Roslan minit ke-9.
Ternyata para penyokong skuad Tok Gajah gembira dengan jaringan gol pertama itu, namun atas kesilapan Jalaluddin Jaafar menjaringkan gol ke gawang sendiri telah memberi gol percuma kepada Lions XII pada minit ke-20 menjadikan kedudukan terikat seri 1-1 di separuh masa pertama.
Pahang seolah-olah mahu menebus kesilapan tadi dengan jaringan gol kedua oleh Hafiz Kamal minit ke-75, dengan jaringan kedua Pahang itu The Lions mengalami tekanan untuk mencipta sebarang gol.
Skuad bimbingan V. Sundramoorthy kurang menyerlah kerana tidak berjaya membolosi gawang lawan, manakala Pahang berjaya mengikat Lions XII 2-1.
Saingan yang berlangsung di Stadium Pasir Gudang Johor menyaksikan Selangor menewaskan Johor FC 3-1.
The Red Giant nyata tidak kekok untuk beraksi di gawang lawan apabila terus menguasai permainan di separuh masa pertama dengan dengan tiga gol hasil jaringan Syafiq Rahim minit ke-11, Bunyamin Omar minit ke-20 dan Amri Yahya minit ke-24.
Walaupun Selangor telah menjaringkan tiga gol di set pertama permainan, namun Johor FC selaku tuan rumah bangkit mengjaringkan satu gol pada minit ke-52 oleh Muhammad Nur Akmal seterusnya tidak menghampakan para penyokongnya.
Pasukan kendalian Irfan Bakti telah membuat asakan demi asakan untuk menjaringkan gol, namun benteng pertahanan Johor FC nyata kuat. Kejayaan Johor FC dalam menghasilkan satu gol dianggap cemerlang kerana Selangor merupakan pesaing yang cukup kuat dalam saingan Piala Malaysia.
Keputusan berakhir dengaan Selangor 3, Johor FC 1, perlawanan timbal balik iaitu suku akhir kedua yang menyaksikan Johor FC akan bertandang ke Stadium Shah Alam, manakala Lions XII menentang Pahang di Stadium Jalan Besar 5 Oktober nanti.
Sementara itu, dua lagi perlawanan suku akhir pertama akan berlangsung pada Jumaat ini antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertemu Negeri Sembilan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Perlawana antara Felda United dengan Kelantan akan berlangsung pada Sabtu ini di Stadium Hang Jebat.

.jpg)

Post a Comment