.

'PKR patutnya mengutuk,bukan menuduh'- Zambri

SUNGAI SIPUT 5 Sept. - Tindakan pembangkang menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) berikutan insiden peserta Himpunan Janji Bersih memijak gambar Perdana Menteri adalah perbuatan terdesak selepas perlakuan biadab itu membangkitkan kemarahan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (gambar) berkata, sepatutnya semua pihak termasuk pemimpin pembangkang mengambil pendirian sama mengutuk perbuatan yang tidak bermaruah, menjijikkan dan tidak bertamadun itu.

“Kini ada pula blog yang mengeluarkan kenyataan pemimpin pembangkang mendakwa tindakan itu disebabkan kenyataan provokasi oleh pemimpin UMNO dan BN.

“Janganlah kalau benang itu sudah basah sebasah-basahnya, mahu ditegakkan kerana tuduhan itu tidak masuk akal lebih-lebih lagi oleh pemimpin yang begitu lama dalam politik," katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Sungai Siput, di sini semalam.

Beberapa blog dan portal berita propembangkang semalam memetik kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang tidak menolak kemungkinan orang yang memijak gambar Perdana Menteri diupah oleh UMNO untuk mencetuskan provokasi.

Keadilandaily menyiarkan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengutuk perbuatan mengibar bendera baharu menggantikan Jalur Gemilang ketika perhimpunan tersebut, sebaliknya menuduh UMNO dan BN buta sejarah.

Zambry berkata, semua rakyat Malaysia perlu mengutuk tindakan melampau peserta himpunan terbabit agar ia tidak menjadi satu budaya di negara ini.

“Bayangkan kalau hari ini kita boleh melakukan itu kepada pemimpin negara, apa pula akan terjadi sekiranya pihak lain membalas perbuatan itu dengan melakukan tindakan sama ke atas pemimpin mereka)?" soalnya.
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
5 September 2012 21:06

“Bayangkan kalau hari ini kita boleh melakukan itu kepada pemimpin negara, apa pula akan terjadi sekiranya pihak lain membalas perbuatan itu dengan melakukan tindakan sama ke atas pemimpin mereka)?" soalnya.

- DAH TERJADI DAN X ADA APA TINDAKAN PUN. STATEMENT B***H

Anonymous
5 September 2012 21:15

nak balas apanya lagi. ni kan sebab nak balas perbuatan puak-puak kamu terhadap pembangkang.

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger