Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata keputusan bila Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan akan dibuat berdasarkan keadaan politik semasa di negeri ini."Tengok keadaan, ikut angin boleh menang. Kalau sekarang bubar boleh menang kenapa tidak? Kalau penilaian politik boleh menang, kita bubar DUN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat xxco kerajaan negeri di Alor Setar hari ini.
Baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan Pulau Pinang belum membuat keputusan sama ada mahu membubar DUN serentak dengan pembubaran Parlimen.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata pendirian PAS Kelantan sama sekali tidak akan membubarkan DUN secara berasingan untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.
Beliau berkata pembubaran DUN akan diadakan serentak dengan kerajaan pusat sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan parlimen.
Azizan berkata kerajaan Kedah bagaimanapun akan melihat keputusan Majlis Pakatan Rakyat terlebih dahulu dalam isu pembubaran DUN itu.


Post a Comment