.

Abby Abadi berdemo bersama PAS,bantah Soi Lek.

Seramai kira-kira 150 penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di hadapan ibu pejabat MCA hari ini bagi menuntut supaya presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meminta maaf atas kenyataan yang didakwa menghina Islam. Kumpulan berkenaan mengancam akan mengadakan demonstrasi lebih besar dan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya Chua tidak memohon maaf dalam tempoh seminggu. Tuntutan itu adalah berhubung dakwaan Chua minggu lalu bahawa pekerjaan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas – termasuk dalam sektor rumah urut dan perjudian – sekiranya hudud dilaksanakan.

 Memorandum berkenaan menyebut, tuntutan itu juga ekoran kenyataan Chua yang mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat. Chua juga pada Sabtu lalu mempertahankan kenyataan naib pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie yang mendakwa PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam. Tuntutan itu dinyatakan dalam satu memorandum yang diserahkan kepada setiausaha kerja pemuda MCA, Leonard Tan Soon Huat di perkarangan bangunan tersebut. Perhimpunan selama kira-kira 40 minit itu antara lainnya dipimpin ahli jawatankuasa pusat PAS Idris Ahmad, ketua penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Noor, ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin dan juga pemimpin NGO Jingga 13. Turut menjadi perhatian dalam perhimpunan tersebut ialah pelakon Abby Abadi yang turut serta melaungkan slogan "Hidup Islam" dan "Hidup Rakyat".


 Kumpulan berkenaan juga membawa sepanduk bertulis "Jangan Hina Islam" dan "Soi Lek Wajib Minta Maaf". Dalam memorandum berkenaan, Pemuda PAS menegaskan bahawa kenyataan Chua sebelum ini menimbulkan rasa tidak senang dan mengganggu keharmonian kaum di negara ini. Memorandum itu turut menyebut penghinaan terhadap Nik Aziz juga merupakan penghinaan terhadap rakyat Kelantan serta bangsa Melayu. "Datuk Seri sebagai pemimpin parti komponen BN sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat di negara ini dengan menghormati amalan agama dan kepelbagaian bangsa dan kaum di negara ini," memorandum itu dipetik.

 Pada sidang media selepas itu, setiausaha agung Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil mempersoalkan fungsi beberapa NGO yang sebelum ini lantang memperjuangkan Islam. "Mana JATI (Jalur Tiga)? Mana PERKASA? Yang kata nak pertahankan Islam? Bila Soi Lek cakap begitu, diam seribu bahasa. "Kalau terus hina agama Islam, pemimpin Islam, kita akan tawar diri untuk dijadikan benteng pertahankan agama Islam," katanya.
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
24 October 2012 21:35

Dah tak ada keje ke depa semua ni?? Bila soi lek bantah hudud terus berdemo sedangkan orang islam sendiri yang gadaikan agama sikit pun tak berbunyi pasal apa?? pasal yg buat tu puak2 depa tak apalah walaupun bersekongkol dengan yahudi bangsa yang dilaknati Allah sbgaimana dalam AlQuran ,yang sanggup makan babi dengan kafir,yang cabar suruh langkah mayat kalau nak laksana hudud apamacam,kenapa tak berdemo dan berjihad?dasar suka campur adukkan agama dengan politik ikut tafsiran dan kepentingan sendiri aje.Spatutnya yang itulah dlanyak dahulu!!!

Anonymous
25 October 2012 07:11

beringat2 lah Melayu Islam yg berdemo...DAP di blkg kamu pun 2x5 dgn CSL.....entah2 lagi teruk...langkah mayat aku kata Karpal Singh....kenapa tak berdemo ke pejabat DAP???

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger