.

BR1M 2.0-Pelajar IPT tidak layak.

Pejabat Menteri Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0. Pelajar IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan kelmarin.

 "Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta," menurut kenyataan itu. Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar hari ini berhubung pemberian BR1M 2.0, yang menyebut bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas, layak menerima bantuan itu.

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat lepas memaklumkan bahawa di bawah projek BR1M 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500. Bantuan itu kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, dan mereka layak menerima bantuan sebanyak RM250. - Bernama
Share this post :

+ comments + 3 comments

Anonymous
2 October 2012 08:03

Patutlah semalam member-member aku bising sakan... rupanya dia orang tak puas hati sebab dapat berita ni. Nasib baik pilihanraya kampus dah selesai, kalau tidak nahaslah Pro-Aspirasi. Tapi budak-budak Pro Mahasiswa memang senyum simpul macam perli je sebab kononnya PM tak dapat tunaikan janji.

Kenapa jadi macam ni pulak? Hari bajet hari tu dia orang seronok sangat sebab boleh dapat tiga kebaikan bajet - BRIM Bujang, Bantuan Buku dan Rebat Handphone 3G. Sekarang masing-masing dah tak puas hati.... harap janganlah pilihanraya dekat-dekat ni... budak-budak U tengah bengkek ni... mau dihasutnya mak bapak, ayam itik dia orang di kampung... memang di bangku pembangkanglah PM kita penggal depan.

Anonymous
4 October 2012 14:11

tuh la manusia.. bila kerajaan bagi kata kerajaan bagi rasuah... bila x bagi bising 'kerajaan dapat untung berbilion2 x nk bagi kat rakyat'... pening kepala.. masalah depa satu ja PIKIRAN tuh.. x nk buka luas2..

Anonymous
28 December 2012 19:12

Itu namanya janji M :)

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger