.

Bung Mokhtar suka tengok Melayu miskin-PERKASA.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menolak tuduhan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) yang mendakwa tokoh korporat terkemuka bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary memonopoli semua jenis perniagaan di negara ini.

 Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, dakwaan Bung Moktar tidak dibuat bersandarkan fakta, sebaliknya hanya bersifat retorik politik dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin UMNO ke atas satu-satunya tokoh korporat Melayu paling berjaya itu.

 Tegas Ibrahim sebagai Presiden Perkasa, beliau menolak sekeras-kerasnya dakwaan itu kerana boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan rakyat, khususnya masyarakat bukan Melayu terhadap kerajaan kerana implikasi daripada kenyataan tersebut boleh diputar belit oleh pembangkang.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
28 October 2012 10:48

orang bacul selalu dengki pada kejayaan orang lain yang sebangsa .

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger