.

Gerakan Dakwa Perjanjian Sewa Rumah Guan Eng Di Palsukan.


GEORGE TOWN,  Kerajaan negeri Pulau Pinang telah menunjukkan perjanjian   untuk kediaman yang disewa ketua menteri di Jalan Pinhorn telah dipalsukan dakwa Pemuda Gerakan Pulau Pinang .

Setiausaha politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik,secara jelas telah  menunjukkan dokumen tersebut  dengan  nama pemilik dan duti setem  telah dikaburkan, kata naib ketua pemuda Gerakan Tan Kah Leong.
Beliau menuntut  Ng menunjukkan  salinan asal perjanjian penyewaan rumah ketua menteri kerana ini membabitkan wang dan kepentingan rakyat apabila sewa rumah Ketua Menteri dibayar oleh kerajaan negeri.


Lebih dari 3 tahun Ketua Menteri Lim Guan Eng telah berpindah ke banglo mewah,dengan alasan bahawa kediaman rasmi dipenuhi anai anai,dakwanya lagi sehingga sekarang Lim tidak mahu tinggal di kediaman rasmia ketua menteri sedangkan kerja kerja pengubahsuaian untuk menghilangkan ani anai sudah lama dijalankan.

Banglo mewah yang disewa sekarang ini dibayar oleh pembayar cukai dan ia adalah hak rakyat untuk melihat perjanjian penyewaan banglo tersebut dakwa Tan.
"Kami mahu tahu siapakah pemilik banglo,tempoh penyeweaan. Adakah Lim menandatangani perjanjian penyeweaan atau tidak dan kenapa tuan rumah sanggup membelanjakan RM1.5juta untuk ubah suai rumah semata mata untuk disewa oleh Lim. katanya.

Beliau berkata Ng mungkin telah mendedahkan perjanjian penyewaan tetapi mendakwa bahawa ia adalah kabur dan dipalsukan dan kenapa nama pemilik rumah dikaburkan.


Ng mengelar dirinya anjing Rottweiler semasa mendedahkan perjanjian sewa rumah yang dipalsukan dan kami bimbang kenapa anjing ini boleh berkeliaran di tingkat 28 Komtar katanya.


Tan mengambil selendang anjing dan berkata beliau akan memberikan Ng sebagai hadiah supaya kedua tidak akan berlari menggigit orang lain kerana dia (Ng) telah mengakui bahawa dia Rottweiler.
Minggu lepas, Ng mengadakan sidang akhbar untuk menunjukkan salinan perjanjian penyewaan banglo yang disewa Lim di Jalan Pinhorn.: Salinan perjanjian
Ng berkata bahawa butiran tuan rumah tidak boleh didedahkan kerana mereka tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.



Share this post :

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger