.

Isu Hudud Soi Lek kurangkan peratusan Melayu undi UMNO kepada PAS.

Sebagai rakan dalam komponen Barisan Nasional (BN), Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengenai Islam hanya berdasarkan kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepadanya oleh individu tidak dikenali. Bendahari Kehormat Majlis Belia Negeri Kedah, Shaharol Niza Omar berkata, kenyataan itu dilihat sebagai tidak menghormati sensitiviti penganut agama Islam dan juga perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

 Beliau berkata, kenyataan itu boleh mengundang salah tanggapan penganut agama lain kononnya Islam adalah agama menindas golongan pekerja sedangkan hakikatnya ia tidak diamalkan dalam perundangan Islam. “Kita amat kesal kerana ini bukan pertama kali beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina agama Islam dan memperlekehkan perundangan Islam,” katanya kepada media di sini. Beliau mengulas kenyataan Chua Soi Lek bahawa jika Pas melaksanakan hukum hudud, 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan. Shaharol Niza berkata, kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang presiden parti yang menyertai pentadbiran kerajaan dan ia juga boleh membantutkan usaha kerajaan mewujudkan suasana harmoni antara kaum.

 Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin bukan Islam tidak lagi memberi sebarang komen dan pandangan mengenai Islam sebaliknya perkara berkaitan Islam diselesai serta dibahaskan sesama umat Islam. “Tidak pernah sekalipun umat Islam di negara ini memperkatakan tentang budaya dan agama yang dianuti penganut lain walaupun ada antara mereka kebelakangan ini kerap berbahas mengenai perundangan Islam. “Kita tuntut beliau segera mohon maaf kepada seluruh umat Islam demi keharmonian dan hubungan yang akrab,” katanya.
Share this post :

+ comments + 1 comments

22 October 2012 16:06

Mereka ni sepatutnya telah faham dan arif tentang sensitiviti Agama Islam ini, sama macam sekolah vernakular mereka yg dimainkan oleh Dong Ziong tu. Sebaiknya mereka tutup mulut. Jokiden pernah tulis dalam blog ini betapa MCA juga terbawa-bawa dgn isu hudud ini akibat mainan licik PAS dan DAP.

PAS sendiri tahu mereka tidak akan melaksanakan hudud. DAP juga tahu. MCA sepatutnya juga tahu dan faham. Tak yah nak ulas2. Biarkan PKR, DAP dan PAS yg gila mendendangkan isu hudud ini.

Apapun undi Melayu kepada UMNO tidak akan berkurangan dengan kenyataan Soi Lek tu kecualilah puak2 tu berjaya menterbalikan isu ini..

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger