.

Kaki judi tak sempat lari.

Gara-gara ingin cepat kaya dengan cara haram, lapan tahi judi menerima padah apabila ditahan ketika sedang leka berjudi di dua premis berasingan, di Jalan Datuk Wong Ah Jang, di sini, malam kelmarin.

 Dalam serbuan jam 11 malam itu, lapan tahi judi termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan selepas gagal melarikan diri sebaik saja premis kafe siber berkenaan diserbu sepasukan anggota polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

 Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata dalam serbuan pertama, anggota polis yang membuat serbuan di premis terbabit mengarahkan semua pelanggan premis berkenaan berhenti berjudi untuk membolehkan pihaknya menjalankan pemeriksaan.
Share this post :

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger