.

'Kenduri Itu duit siapa?'-DAP

Majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu. Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.

 Antara tetamu yang hadir adalah Sulatn Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan. Ekoran jumlah tetamu itu, Ali menerima sijil Malaysian Book Of Rekod (MBR) dari wakilnya, Zulhairi Md Zin. Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memalui Twitternya berkata, jika satu orang dibelanjakan RM30, kosnya sebanyak RM4 juta. "Itu duit siapa?" soal beliau.

 Namun Lim Kit Siang meramalkan kosnya lebih tinggi. Beliau menganggarkan kos setiap orang adalah RM100. Jika begitu, beliau menjangkakan kos untuk makan sahaja adalah RM13 juta?. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pula dalam kenyataannya berkata, Umno tentu bangga kerana mempunyai pemimpin Melayu yang boleh mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma. Sebelum ini, Ali pernah menerima hukuman dari Umno sendiri setelah terbukti memberikan rasuah.
Share this post :

+ comments + 5 comments

Anonymous
1 October 2012 14:19

cuba citer sikit..mai mana duit sebanyak tu hanya untuk buat kenduri kahwin je....?????dah terlebih mewahlah tu....

Anonymous
1 October 2012 14:29

Jemput orang makan pun salah...

1 October 2012 16:10

Kit Sial kasi tutup itu mulut kalau dah tak boleh tutup kasi cerita itu skandal 2.5 juta lu punya anak punya kediaman sewa.

Itu pun tak tau ke orang Melayu kenduri bergotong royong tak m,acam orang Cina nak sembelih tengkok tetamu yang hadir kalau kurang dari seratusd dia punya angpau utk pengantin baik tak yah datang.

Untuk pengetahuan Orang MELAKA berbangga dengan Majlis perkahwinan anak KM ni kerana menunjukkan sokongan rakyat melaka.

Anonymous
1 October 2012 16:43

en nga kor ming itu wang en ali simpan dari anak dia lahir ma!!!tarak tipu punya ma!!

1 October 2012 16:55

Jika kehadiran 130,000 DAR patut bangga, sebab itu tanda rakyat sayang dia dan Melaka akan kekal di tangan BN..

Yang pasti DAR tidak menempah makanan untuk 130,000 orang. Untuk 30,000 atau 50,000 mungkin. Harga makanan????????? pasti tak sampai RM100 atau RM20 sekepala.

Lagipun rakyat pergi bukan semata-mata nak makannnnnnnn... Nampak sangat pembangkang ni jelessss!!!!!!!!!

Kok open house Nuar dapat sambutan macam tu mau tak cukup kertas depa nak tulis..

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger