Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli percaya pilihan raya kampus masih relevan dan perlu ada tetapi perkara yang harus dielakkan ialah campur tangan ‘orang tua’ untuk menguruskannya.
Menurut Rafizi, pilihan raya kampus perlu diadakan kerana fungsinya dalam melatih pelajar dari segi kepimpinan dan ia haruslah diuruskan sendiri oleh pelajar.
“Saya percaya siswa perlu diberi peluang untuk menguruskan hal ehwal mereka sendiri. Tidak perlu orang tua yang menguruskan.
“Keputusan pengurusan perlu dilakukan oleh mereka (pelajar) dan sekali gus dapat melatih kepimpinan mereka dalam politik kampus,” katanya ketika dihubungi media.
Beliau juga berkata, tidak menjadi masalah sama sekali sekiranya pelajar sendiri menguruskan perihal pilihan raya kampus mereka asalkan pelajar terlibat mengamalkan politik yang baik.
“Namun apabila ada tangan luar yang menggunakan pilihan raya kampus bagi tujuan politik yang lebih besar, itu tidak betul,” katanya lagi.
Awal tahun ini, pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) membenarkan pelajar untuk terlibat dalam politik di luar kampus.
Menurut beliau, ia merupakan perkembangan yang sihat dalam arena politik negara.
“Saya tidak nampak ada yang salah jika pelajar secara terbuka mahu menyokong Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional,” ujar beliau.
Beliau menegaskan, perkara itu akan menjadi negatif apabila ada pihak yang cuba menekan pihak yang lain.
Mengulas soal sistem pengundian yang dipertikaikan ketelusannya, Rafizi berkata, sesuatu sistem yang digunakan itu perlu dipercayai oleh pelajar.
“Prinsipnya mudah, sistem pengundian itu perlu dipercayai oleh pelajar dan apabila sudah ada kredibiliti, tidak ada beza sistem itu manual atau elektronik.
“Maka, soal ketelusan tidak akan timbul,” katanya.
Sementara itu, apabila dikaitkan pilihan raya kampus dengan pilihan raya umum, beliau berkata, ia menggambarkan pilihan raya sebenar.
“Sedikit sebanyak, pilihan raya kampus menggambarkan pilihan raya umum tetapi tidak dominan dan ianya tidak tepat.
“Pertandingan yang menimbulkan rasa tidak puas hati dan sengit itu memang betul sama seperti pilihan raya umum tetapi isu dan sentimen di luar lebih besar berbanding sentimen pelajar semata-mata,” katanya.
Tambahnya, “jadi, saya tidak setuju kalau pilihan raya kampus dikatakan memberi gambaran pilihan raya umum secara 100 peratus. Sedar atau tidak, pilihan raya kampus terlalu dipolitikkan oleh pihak luar.”



+ comments + 4 comments
Jadi kalau macam tu, mahasiswa di unisel pon kena jangan ikut je alasan kjaan selangor tentang duit. Jadi diorg kena bangkit la mintak dan tuntut pelajarn percuma di sana. Kalau hutang talam pon boleh setel, kenapa tidak setelkan pelajarn percuma.bangkit mahasiswa selangor
betul mahasiswa tak perlu ikut telunjuk umno tapi perlu ikut telunjuk PR..
mahasiswa kena ikut arahan PR..
guling2 atas jalan..
melalak/terpekek melolong..
berdemo mcm berok..
jgn ikut umno sbb umno tak suruh buat itu semua..
Tak payah cakap banyaklah rafizi, 95% mahasiswa tahu yang kamu itu pembohong... tengok tajuk pun aku dah tahu kamu tu pembohong... kenapa kamu tak kata, mahasiswa tak perlu mengikut telunjuk mana-mana parti politik atau mahasiswa tak patut berpolitik sebab belum cukup ilmu? Yang mempolitikkan PRK ialah kamu. Yang memperbodohkan mahasiswa ialah kamu. Politik mahasiswa (sebut pro-Mahasiswa) itu SAMPAH. Tangan-tangan tua, bak kata kamu, banyak di sebalik pro-M. Muka orang-orang pro-M pun tak ada satu pun meyakinkan kami bahawa mereka akan menerajui Malaysia kelak, malah akan merosakkan Malaysia (berdasarkan kelakuan mereka sekarang- tunjuk punggung, demo, fitnah...)...
budak Unisel pun jangan ikut cara budak PKR lah..tak ke begitu Rafizi oiii.!!
Post a Comment