Jelas beliau, peningkatan sokongan tersebut juga didorong oleh usaha kerajaan Persekutuaan dan kerajaan negeri menaiktaraf golongan pribumi terbabit. “Prasarana masyarakat Orang Asli di Parlimen Tapah juga adalah jauh lebih baik berbanding kawasan yang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Gotong-royong Kampung Batu Masjid, Ayer Kuning dekat Tapah, hari ini. Antara usaha-usaha membantu masyarakat tersebut ialah pemberian bantuan rumah mesra rakyat, pengazetan tanah serta sumbangan-sumbangan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta bantuan di peringkat kementerian.
Samsudin berkata, pengundi masyarakat Orang Asli mewakili 17 peratus atau 5,600 pengundi dari Parlimen Tapah sahaja. 960 pengundi daripada jumlah tersebut tinggal di kawasan Dewan Undangan Ayer Kuning manakalah baki seramai 4,600 adalah mereka yang mendiami kawasan Dewan Undangan Negeri Chenderiang.



Post a Comment