.

MCA lupa kaum Cina sudah buang mereka,pilih DAP.

Perang antara MCA dan DAP berterusan apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek petang semalam menegaskan bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu tidak pernah takut untuk berdepan dengan DAP.

 Katanya, MCA sudah bertarung dengan DAP dalam 10 pilihan raya umum lalu dan rekod terbukti menunjukkan MCA selalu menang. "Ini bukan kali pertama MCA bertemu DAP, kita pernah seri sekali dan cuma tewas dua kali sahaja. "Selebihnya, MCA menang terhadap DAP sebanyak tujuh kali," kata beliau pada sidang media selepas menutup Perhimpunan Agung MCA Ke-59 di sini, hari ini. Beliau turut mendakwa, DAP terkenal dengan 'kecemerlangan' mereka untuk memutar belit fakta dan bila DAP baru menang sekali, sudah menganggap DAP akan 'tutup kedai'.

 Dalam pada itu, Soi Lek turut berpuas hati terhadap kehadiran perwakilan-perwakilan MCA pada mesyuarat kali ini dan dianggap berjaya mencatat kehadiran terbaik iaitu melebihi 1,600 orang. Menurut Soi Lek: "Walaupun sudah melewati waktu minum petang, kehadiran perwakilan mencatatkan lebih 1,000 orang dalam dewan." Beliau menambah, isu-isu yang dibangkitkan ketika sesi perbahasan juga sangat kondusif dan menunjukkan kesediaan parti bagi menghadapi pilihan raya.
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
22 October 2012 10:44

DAP-MCA main tarik tali...menang pun kedua dua nya untung ,Kalah pun kedua juga dapat untung...Sebab Malaysia PM melayu yg Tadbir agama resmi Islam.

Anonymous
22 October 2012 15:52

bangsa manusia tetap wujud takkan hapus sama sekali. melayu,cina ,india,kadazan,iban ,o. asli ect. bn menyeru untuk bersatu sama-sama bermaufakat berada dibawah naungan kesultanan melayu. namun sejak muncul pr maufakat itu telah retak dek mainan politik . terpengaruh dengan ajenda manusia pelingkup kesatuan negara berkecuali.m'sia dilihat sudah parah.
cuma kekuatan bn dalam memenangi pru 13 nanti di harap dapat menyingkir pengaru luar dan membentuk semula perpaduan saperti sebelum ini.

Post a Comment

Facebook Fanpage

Networked Blog

 

Copyright © 2011. UtaraNews - The News Portal - All Rights Reserved

Proudly powered by Blogger