Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus didesak supaya tidak menjual aset Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sewenang-wenangnya.
Beliau juga didesak supaya mempertahankan aset PKNS memandangkan ia merupakan sebahagian daripada ekuiti Melayu di negeri ini.
Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi berkata, matlamat utama penubuhan PKNS adalah untuk mengimbangkan geopolitik orang Melayu yang jauh ketinggalan berbanding bangsa lain di negeri ini.
Beliau berkata, sekiranya benar aset PKNS dijual, dibimbangi ekuiti Melayu di kawasan bandar juga akan tergadai dan ia sekali gus menggagalkan matlamat asal penubuhannya.
"Kita juga bimbang sekiranya benar dakwaan berlakunya penjualan aset PKNS itu, ia berlaku bukan atas tujuan korporat sebaliknya dikhuatiri ia bermotifkan politik semata-mata.



Post a Comment