Pemuda Umno menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ekoran pelbagai rungutan mengenai sistem tersebut.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya mengenal past banyak kelemahan terhadap sistem berkenaan walaupun ianya bertujuan mengurangkan kadar kemalangan maut.
“Bukan tak setuju. Mungkin pada dasarnya ia satu cadangan yang baik tapi kami sebulat suara tuntut kerajaan tangguhkan AES dan kaji semula pelaksanaan tersebut,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda di sini pada Selasa.
Menurut Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, kajian semula itu perlu meliputi beberapa aspek termasuk lokasi pemasangan kamera, penetapan kadar had laju praktikal serta pendedahan kepada umum mengenai sistem berkenaan.
“Bagaimanapun penangguhan ini tak bermakna menghalalkan pengguna jalan raya melanggar undang-undang sedia ada tapi AES ni terlalu banyak masalah.
“Harap jemaah menteri yang akan bermesyuarat pada minggu ini dapat membincangkan mengenai isu ini dan keluarkan satu keputusan,” katanya.
AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi ‘hitam’ bertujuan meningkatkan kecekapan sistem penguatkuasaan selain mampu mengurangkan kemalangan maut.
Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju dan melanggar lampu merah.



+ comments + 3 comments
Aku kesal lah sikap org UMNO sendiri..bila undang2 haramkan rusuhan walaupun xde sekor yang mati semasa BERSHIT puak2 UMNO melalak sokong..
tp bila jalan raya yang membunuh beribu manusia setiap tahun, mahu di kenakan undang2 ketat maka pakat memekik melolong.. sbb apa? kena pada batang hidung sndiri cepat2 mahu lawan undang2 itu..
Sama saja lah BERSHIT dgn UMNO.. 2x5.. rakyat biasa ini juga yang jadi mangsa dibodohkan!
Di sini pula Pemuda tertinggal perahu:-
Hebatnya diskriminasi oleh Mgmt Cina dan Australia di Suria KLCC. Mereka nak tambah lagi 80 kedai dan bagi kpd peniaga2 asing.
Baca dinturtle.blogspot.com
mereka yg gubal undang2 AES di Parlimen tp akhirnya mereka jgk yg mintak ditangguhkan.. Tiada pendirian langsung.
Post a Comment